Idea Percetakan Gambar

Di dalam bidang percetakan, anda boleh fokus diantara perniagaan percetakan penghantaran berhaba (heat transfer printing business) atau perniagaan percetakan gambar. Di dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi 3 jenis Perniagaan Percetakan Gambar.

1.Pembuatan Button Badge 

Button Badge yang mempunyai logo syarikat atau sesuatu majlis adalah salah satu benda utama di dalam bidang percetakan untuk periklanan dan mempromosikan sesuatu kempen. Anda juga boleh memilih pelbagai saiz yang lain daripada bulatan 75mm, 58mm, 44mm, 32mm, 25mm atau bujur (57mm X45mm).

Di dalam pakej perniagaan button badge, kami menyediakan Mesin button badge, acuan (mould) serta Pemotong (Die cutter), aksesoris, kertas serta bahan-bahan yang lain sekali gus bersama latihan tentang cara-cara menggunakan mesin ini dan jugak Sijil Penggunaan. Mulakan perniagaan button badge ini dengan pelbagai pin untuk button badge, keychain kartun, keychain cermin dan juga magnet untuk peti sejuk.

2. Percetakan Kad PVC 

Kad keahlian, kad diskaun, antara kad yang paling terkenal di dalam kempen pemasaran untuk aktiviti pemasaran untuk mewujudkan kesetiaan pelanggan. Kad Pelajar, kad ID dan jugak kad bergambar sangat di perlukan dia dalam organisasi seperti syarikat, sekolah dan juga universiti.

Percetakan Kad PVC Pakej ini termasuk mesin mudah untuk laminate, pemotong (die cutter), penebuk ( slot puncher), Kad PVC dan juga latihan kursus beserta Sijil kelulusan. Kad PVC ini terdapat beberapa warna seperti Putih, Silver dan juga Emas bagi menyesuaikan permintaan pelanggan. Setiap paket mengandungi 50helai untuk membuat 500 cetakan kad.

3. Cetakan Gambar dan Mini Album 

Fotograf album atau gambar yang direka sendiri adalah salah satu cara yang unik bagi menyimpan segala memori. Usaha yang lebih juga membolehkan ia dijadikan sebagai hadiah untuk seseorang yang istimewa. Hasil fotografi itu sendiri menunjukkan sesuatu kenangan yang sangat berharga di dalam kehidupan. Jika sudah mempunyai banyak gambar kenangan, anda juga boleh menambahkan lagi keistimewaan album itu dengan mereka sendiri muka depan album itu.

Perniagaan ini sangat terkenal di kalangan Pengusaha kecil dan sederhana (SME) disebabkan 2 perkara iaitu:

1. Modal yang Rendah
2. Untung Tinggi

You may also like...

2 Responses

  1. Grow your online community with voice comments. Let your readers voice their opinions in a fun, fast and easy way. Improve your user retention, website SEO, and get more conversions. Get the Free Plugin here, http://bit.ly/-Voice-Comments

  2. Edwardpoeby says:

    Hello.
    If you need to have so much quality traffic without only a few body movements, you can find the funniness here: http://make.ultimate-link-building.info/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *