Potensi Penternakan Kambing

Rendah, bertanduk, berwarna coklat atau hitam, sering disinonimkan dengan ketakutannya dengan air adalah antara ciri-ciri haiwan yang tidak asing lagi, iaitu kambing. Haiwan ini sering kali dibandingkan dengan kambing biri-biri yang mana perbezaannya hanyalah pada bulu, iaitu kambing mempunyai bulu halus seperti lembu dan kerbau, manakala kambing biri-biri pula mempunyai bulu yang lembut yang boleh menghasilkan pakaian dan beg. Namun begitu, menurut sains, perbezaan bagi kedua haiwan ini adalah amat ketara.

Kambing, atau Capra Aegagrus Hircus adalah salah satu baka yang banyak diternak di Malaysia. Sumber makanan yang mudah iaitu rumput dan air menjadikan kambing salah satu haiwan yang berpotensi besar dijadikan ternakan bagi mengembangkan industri penternakan haiwan Malaysia. Walaupun begitu, kambing dikatakan makan apa saja dan mempunyai sifat ingin tahu tentang apa yang dimakannya. Malahan kambing merupakan sejenis haiwan yang mudah untuk mengadaptasikan diri pada keadaan persekitaran serta fleksibel. Selain saiz yang kecil, kambing jenis ini memang mempunyai tanduk sejak lahir. Kambing juga mempunyai bentuk anak mata yang unik iaitu berbentuk sepet dan mendatar. Seperti haiwan ternakan lain, kambing juga berpotensi dijangkiti penyakit seperti pneumonia, keracunan makanan, virus penyakit kaki dan mulut dan lain-lain. Jangka hayat bagi seekor kambing adalah antara 10 hingga 15 tahun, bergantung kepada baka dan genetik serta kebolehan untuk bersenyawa.

Ramai berpendapat bahawa daging kambing tidak sesuai dimakan kerana boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan penyakit seperti darah tinggi. Kambing juga dikatakan mempunyai nilai kolesterol yang tinggi yang boleh mengakibatkan penyakit tersebut. Namun begitu, sebuah kajian di Amerika Syarikat iaitu United States Development Agriculture mendapati kambing mempunyai kandungan kolesterol yang rendah berbanding haiwan lain. Daging kambing mengandungi 63.8 gram kolesterol berbanding ayam (76.0 gram), lembu (73.1 gram), dan kambing biri-biri (78.2 gram). Justeru penemuan ini menolak bahawa dakwaan daging kambing merupakan salah satu agen yang mengakibatkan pelbagai penyakit.

Selain keenakan daging kambing yang empuk serta sesuai dengan semua jenis masakan seperi goreng, bakar, terdapat produk lain yang boleh dikeluarkan hasil daripada kambing, iaitu susu kambing. Jika dibandingkan dengan susu lembu, susu kambing mempunyai 10 peratus lebih banyak khasiat seperti vitamin, kalsium serta zat besi. Susu kambing bersifat rendah lemak yang mana mengekalkan tahap protein dan asid amino yang diperlukan dalam badan. Bukan itu saja, susu kambing juga mengandungi kandungan mineral, selenium, yang penting untuk meningkatkan sistem imun dalam badan. Tambahan lagi, jika anda ke pasaran tempatan, banyak produk kecantikan diri seperti syampu dan sabun muka yang menggunakan ekstrak daripada susu kambing. Hal ini kerana susu kambing mempunyai kalsium dan pelbagai vitamin yang mampu memulihkan kulit kepala, melembapkan serta mengatasi masalah kulit seperti jerawat.

Di Malaysia, peluang penternakan kambing bukanlah asing, malah semakin mendapat perhatian ramai pengusaha kambing. Seperti pertanian, penternakan juga adalah perniagaan yang mana boleh membantu peladang bagi mengembangkan hasil pendapatan mereka. Tapi ingat, peluang penternakan ini terbuka kepada semua, bukan terhad kepada peladang saja. Kerajaan Malaysia menerusi Rancangan Malaysia Ke-6, menggalakkan orang ramai untuk menceburi bidang penternakan kambing ini dengan memberikan bantuan kewangan dan latihan bagi sesiapa yang berminat. Menerusi laman sesawang MADA atau Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, menyatakan bahawa bermula pada tahun 1992 penternak kambing dibekalkan induk kambing jantan berumur 1 hingga 2 tahun dan lima ekor induk kambing betina berumur 3 atau 4 tahun untuk diternakkan. Peladang-peladang yang terlibat pada masa tersebut disyorkan diperkenalkan kepada dua teknik penternakan.

Pertama, Sistem Separa Berkurung (Separa Insentif) yang mana penternakan dilakukan dengan cara mengurung kambing dalam kandang pada waktu malam dan melepaskan kambing pada waktu siang, yang mana sistem ini sesuai bagi penternakan dalam kawasan yang luas. Kedua, Sistem Berkurung (Insentif) iaitu penternakan kambing dilakukan sepenuhnya di dalam kandang, yang mana sesuai bagi penternak yang tidak mempunyai kawasan meragut rumput. Makanan dan minuman kambing seperti konsentrat, rumput dan garam jilat dibekalkan kepada kambing dalam kandang sahaja.

Penternakan kambing juga perlu mengambil kira aspek pengurusan penternakan seperti peringkat kelahiran, peringkat cerai susu dan penjagaan kambing dewasa. Di peringkat kelahiran, anak kambing yang baru lahir perlu diberikan susu ataupun kolostrum untuk memastikan anak kambing mempunyai antibodi dan mengelakkan daripada jangkitan penyakit. Kebiasaanya, anak kambing akan menyusu sendiri pada ibunya. Namun sekiranya anak kambing lemah dan tidak berupaya untuk menyusu, penternak perlu memerah susu ibu kambing untuk diberikan kepada anak kambing. Peringkat kedua ialah peringkat cerai susu yang mana peringkat ini terjadi apabila anak kambing mencapai umur 3 hingga 4 bulan. Pada peringkat ini anak kambing boleh diajar untuk memamah rumput hijau. Anak kambing yang lambat bercerai susu akan menjejaskan berat badan dan tempoh kematangan anak kambing. Anak kambing boleh diletakkan sebagai matang apabila mencapai umur 9 bulan. Peringkat seterusnya ialah penjagaan kambing dewasa. Pada peringkat ini kambing sesuai untuk dibiakkan, Pembiakkan boleh dilakukan dengan cara meletakkan seekor kambing jantan dengan antara 20 hingga 25 kambing betina dalam satu kandang. Pada ketika kambing jantan tidak dibiakkan, kambing jantan yang dipilih perlu diasingkan daripada kambing jantan lain untuk mengelakkan dominasi. Pemilihan kambing jantan yang sesuai boleh dilakukan dengan cara pemerhatian dan rekod pembiakan kambing daripada peringkat kelahiran lagi.

Secara kesimpulannya, penternakan kambing boleh diusahakan bagi sesiapa yang berminat. Penternakan kambing ini dilihat boleh menguntungkan kerana di Malaysia pergantungan daging dan produk tenusu kambing pada import dari Negara Australia adalah masih lagi tinggi. Dengan perkembangan industri penternakan kambing oleh penternak tempatan, kos import boleh dikurangkan. Untuk maklumat lanjut mengenai penternakan kambing, anda boleh melayari portal Kementerian Pertanian dan Asas Tani untuk lebih maklumat.

Sumber Artikel : http://www.usahawan.com/idea-bisnes/potensi-penternakan-kambing.html/

You may also like...

4 Responses

  1. WordPress has now enabled voice comments for websites. Bring your website up to date and get the free plugin here, http://bit.ly/Voice-Comments

  2. DirectX 12 continues to be a brand-new technology – and in a few ways it is still – however in reality we’ve now been discussing the design API for the better part of half of a 10 years. Microsoft first released the then-next technology design API to much fanfare again at GDC 2014, with the original iteration shipping within Home windows 10 a calendar year later. For a variety of reasons DirectX 12 adoption continues to be in its start – software dev cycles are long and Operating-system adoption cycles are much longer still – but with their low-level design API firmly set up, Microsoft’s DirectX groups already are hard at the job on another generation of design technology.

  3. Easily earn over $2000 a week from home with this proven method. Limited spots available so get in fast, http://workfromhome.product-reviews.online

  4. Have you ever wanted to work from home or just top up your earnings ? This tried and tested system teaches you how you can make a small fortune from the comfort of your own home. http://x.co/WorkatHome

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *