10 Tips Kunci Kejayaan dalam Perniagaan

TIPS BINA PERNIAGAAN SENDIRI YANG BERJAYA :

  1. MODAL PERNIAGAAN JANGAN DI USIK

Modal perniagaan adalah perkara utama yang mengerakkan sesuatu perniaggan, jadi larangan utama dalam bisnes atau perniagaan adalah tidak mengusik modal perniagaan. Modal perniagaan hendaklah di asingkan daripada wang peribadi dan keuntungan perniagaan. Sebaiknya membuat dua akaun bank berbeza antara wang syarikat dan wang peribadi. Perbelanjaan perniagaan hendaklah direkodkan dengan teratur dalam buku kira-kira dan apabila bisnes telah berkembang sebaiknya mengaji akauntan untuk menjaga wang perniagaan.

  1. MEMILIH PRODUK PERNIAGAAN YANG MUDAH DIJUAL DAN TIADA RISIKO KEROSAKKAN

Pemilihan produk perniagaan amat penting supaya produk perniagaan yang hendak diniagakan mudah dijual, permintaan yang tinggi, tidak mudah rosak, sudah dikenali dan tidak dimakan zaman. Salah satu contoh produk untuk perniagaan yang terbaik adalah seperti barang keperluan harian dan emas. Pengalaman saya mulakan perniagaan ikan bilis yang di beli dari Thailang kerugian kerana ikan bilis dan ikan kering mudah rosak. Jadi jika hendak berniaga produk mudah rosak mestilah mencari pelanggan terlebih dahulu dan mengambil barang dalam jumlah yang kecil.

  1. DAPATKAN PENGALAMAN PERNIAGAAN DAHULU SEBELUM MULA BISNES

Pengalaman amat penting dalam sesuatu perniagaan kerana ianya adalah ilmu yang tidak di ajar di sekolah. Pengalaman ini boleh diperolehi apabila menjadi pekerja atau kuli dalam sesuatu perniagaan. Pengalaman bekerja ini adalah strategi keusahawanan secara praktikal untuk mendapatkan ilmu perniagaan, kemahiran asas dalm perniagaan dan sebagainya. Contohnya, jika mahu berniaga computer, bekerja dan cari pengalaman di kedai computer.

  1. FOKUS PADA PERNIAGAAN

Sesuatu pekerjaan yang dilakukan atau sesuatu perniagaan mestilah fokus melakukannya dalam satu-satu masa. Jangan melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa kerana akan menyebabkan hilang fokus. Sebaiknya pilih satu perniagaan yang tetap untuk sepanjang hayat seperti perniagaan barangan harian atau perniagaan emas dimana orang menggunakannya sepanjang masa tanpa dipengaruhi oleh peredaran zaman.

Fokus dalam perniagaan penting agar kita hanya di kenali dengan satu jenama perniagaan dan memiliki masa yang secukupnya. Perniagaan GU AWA 593 telah saya serahkan kepada rakan kongsi iaitu sepupu saya kerana saya ingin HANYA FOKUS kepada PERNIAGAAN EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD.

pelaburan-emas-dan-perak-fizikal

pelaburan-emas-dan-perak-fizikal

  1. PUSINGAN MODAL PERNIAGAAN

Modal pusingan menjalankan perniagaan adalah aspek penting supaya operasi perniagaan berjalan lancar. Ketidakupayaan pengurusan aspek kewangan ataupun kekukuhan modal pusingan boleh menyebabkan kepincangan dalam sesuatu perniagaan, jadi sesuatu perniagaan mestilah selari dengan modal pusingan ataupun keupayaan dari segi aspek kewangan. Keupayaan aspek kewangan hendaklah di ketahui dengan menyenaraikan semua aspek perbelanjaan operasi, peralatan, bahan mentah dan sebagainya supaya mempunyai modal pusingan yang cukup bagi menjalankan perniagaan.

  1. TAPAK PERNIAGAAN BERSESUAIAN

Tapak perniagaan adalah penting untuk menjalankan perniagaan dengan lokasi yang sesuai bergantung kepada jenis perniagaan, namun mestilah dielak kos yang terlalu tinggi dan sebaiknya elak dari menyewa kedai terutama bagi perniagaan yang baru dibina. Kini, zaman teknologi dan internet, tapak sesuatu perniagaan boleh dibina secara dalam talian melalui fan page, website dan sebagainya untuk mengembangkan perniagaan.

  1. ELAKKAN MEMINJAM ATAU MEMBERI PINJAM

Petua berniaga supaya perniagaan berjalan lancer adalah dengan mengelak daripada meminjam wang atau memberi pinjam. Pinjaman akan menyebabkab proses perniagaan tergugat dan mengalami masalah. Perniagaan sebaiknya dimulakan tanpa pinjaman atau mengikut kemampuan modal, jika modal kecil perlu berniaga kecilan dahulu dan sebaliknya. Begitu juga dalam perniagaan jangan memberi pinjam supaya modal pusingan terus berjalan dan melicinkan perniagaan. Pengalaman saya berniaga dengan membekal garam kepada mini market dengan memberi pinjam memberikan masalah perniagaan terutama apabila kedai atau mini market menghadapi masalah hingga menjadi hutang hangus. Begitu juga memberi pinjam kepada rakan perniagaan akan memberi masalah mendapatkan balik pinjaman yang diberi kerana sememangnya sifat manusia manis apabila meminjam tapi pahit bayar balik pinjaman.

  1. PEMASARAN PRODUK PERNIAGAAN

Teknik kembangkan perniagaan adalah dengan pemasaran produk perniagaan. Persiapan Ilmu tentang produk, kegunaan dan keupayaan produk akan menjadikan perniagaan lebih mantap dan berkembang dengan mengembangkan pemasaran perniagaan secara online dan sebagainya. Kebanyakkan sesuatu perniagaan gagal di sebabkan ketidakupayaan memasarkan produk walaupun produk itu baik. Pengalaman perniagaan saya dengan memasarkan produk secara offline dan online melalui website www.guawa593.com telah menyebabkan perniagaan berkembang.

  1. TANGGUHKAN KEPUASAN

Sikap usahawan atau mindset usahawan mestilah diterapkan dalam perniagaan dengan menangguhkan kepuasan dalam perniagaan dengan berbelanja berlebihan dengan belian barangan susut nilai seperti membeli kereta baru, isteri baru dan sebagainya. Namun pembelian barangan yang bertambah nilai seperti tanah dan emas adalah baik sebagai sokongan modal perniagaan. Apabila perniagaan baru nak stabil, usahawan baru biasanya akan mulai gelap mata atau berlagak berjaya dengan membeli kereta mewah, perabut mewah dan sebagainya yang akan menambah kos dalam kehidupan dan memberi kesan kepada perniagaan. Kajian menunjukkan bahawa orang yang berjaya adalah orang yang sanggup menangguhkan kepuasan.

Saya mempunyai kawan lama berbangsa siam yang dikenali semasa ianya berumur belasan tahun dimana ianya adalah kuli di bengkel membaiki lori. Selepas itu ia membuka perniagaan bengkel kereta bersama kawannya dan kini telah membuka perniagaan bengkel kenderaan sendiri di Kota Bharu. Perniagaannya bermula dari 8 pagi hingga 10 malam termasuk hari cuti dan ia hanya mempunyai kereta Toyota lama dan motosikal honda 70 buruk yang digunakan untuk mengambil alat ganti kereta untuk bengkelnya. Satu masa, selepas ia kembali dari bank dan saya hendak membayar bil baiki kereta, saya ternampak buku akaun banknya…baki dalam akaun banknya adalah lebih kurang RM380K !!!. Inilah satu contoh sikap usahawan cina yang menangguhkan kepuasan perniagaan.

  1. MENJIWAI PERNIAGAAN

Memulakan dan menjayakan sesuatu bisnes atau perniagaan memerlukan ketahanan psikologi yang tinggi untuk menanggung stress dan cabaran bisnes. Tiada benda yang mudah dan cepat di dalam dunia ini, kecuali skim cepat kaya yang mudah dan cepat miskin. Usahawan yang berjaya adalah usahawan yang menjiwai perniagaan sepenuh hati dan jiwa usahawan ini akan dapat memacu untuk memulakan bisnes, mengatasi segala halangan dan berjaya dalam bisnes.

Sumber Artikel : http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/10-tips-dan-kunci-kejayaan-dalam-perniagaan/

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *