Contoh Idea Perniagaan dari Rumah

Dengan berkembang pesatnya teknologi internet semakin ramai orang menjalankan perniagaan dari rumah. Tetapi, jikalau ada keinginan saja untuk buat bisnes tetapi tiada ilmu memang mustahil untuk berjaya. Di entry kali ini saya akan menerangkan contoh idea perniagaan dari rumah yang berpotensi untuk berjaya.
Saya tahu ramai yang berminat buat bisnes online tetapi tidak tahu nak buat bisnes apa. Antara persoalan yang biasa bermain di fikiran adalah: Apakah produk/servis yang terbaik dan mendapat permintaan tinggi? Apakah bisnes yang tidak perlu keluarkan modal? Okay, jika nak tahu lanjut teruskan membaca ok.

Di generasi ini sesebuah perniagaan yang tidak menggunakan internet boleh dikatakan kurang berjaya atau bakal gagal. Sebab jika anda ingin jual barang, anda kena promosikan. Untuk promosikan produk, internet adalah medium yang paling berkuasa dan murah. Kalau setakat ada produk dan kedai tetapi tidak diketahui orang, perniagaan anda susah untuk pergi jauh.

Namun, sekiranya anda sudah bertekad untuk melibatkan diri di dalam bisnes online anda haruslah ada internet. Tanpa internet, memang tiada istilah bisnes online. 

Nasihat saya jika anda ingin berbisnes, seeloknya anda pilih perniagaan yang anda minati bukan saja kerana ia mempunyai potensi berjaya.

Mari saya tunjukkan beberapa jenis idea perniagaan yang boleh anda mulakan dari rumah.

1.Blogging

Jika anda mempunyai minat mendalam di dalam bidang penulisan anda boleh membuat blog. Anda boleh guna platform blogger atau wordpress. Ada banyak cara anda boleh jana pendapatan daripada blog. Antaranya melalui iklan, affiliate, jual produk dan sebagainya. Dengan adanya blog, bukan saja anda boleh suka-suka menulis tetapi anda boleh juga promote barang jualan sendiri.

2.Kedai online kraftangan

Bagi yang memiliki ilmu membuat kraftangan tu, anda boleh buat satu online store khas untuk jual kraftangan. Selain tu anda boleh juga jual di dalam Facebook, Etsy dan Instagram.

3.Online survey

Online survey yang saya syorkan adalah Panelplace. Sekiranya anda menetap di bandar dan mempunyai transport sendiri program ni memang sangat bagus. Anda hanya perlu register online dan offer akan dihantar pada email anda jika ada kerja. Anda kena rajin check email lah takut expired pula kerja tu. Kerja ni anda tak perlu jumpa customer sebenarnya. Anda ni hanya bekerja sebagai mystery shopper lah. So, jangan risau. 

4.Forex

Kalau anda ni jenis yang terror finance, bab duit ni anda dikira memang hebatlah…anda boleh join ni. Anda boleh buat ni guna smartphone saja. Saya pernah cuba Plus500 dulu tapi saya main kejap jer sebab takde bakat..huhu..Jika anda sign up anda akan diberi percuma RM50. Anda mainlah dengan RM50 tu. Jika anda nak practice anda gunalah yang mock punya, khas untuk berlatih. Saya dulu habis saja free RM50 saya terus tak sambung buat dah. Saya tidak mahir dalam bidang ni..huhu..

5.Dropship

Nak jual barang dropship ni banyak saingannya. Sebab ada ramai orang jual barang yang sama. Walaupun begitu, jika marketing tu kena caranya, anda boleh berjaya. Anda boleh jual di Facebook, Instagram, dan mana-mana laman social. Jika anda nak buat auction dalam Lelong boleh juga. Kat Ebay boleh juga jika ada akaun paypal. Kalau ada duit lebih tu boleh jual dalam Shopify. Sebelum buat komitmen pembayaran bulanan dengan Shopify ada baik cuba dulu free trial yang 14 hari tu. Kalau rasa ok, lepas tu bolehlah anda decide nak nak bayar bulanan ke tak dengan Shopify. Selain tu kena rajin survey sendiri dlm tu, belajar apa yang patut. Google lah apa-apa info.

6.Ebook

Andai anda ada ilmu yang anda sangat mahir dan dengan ilmu itu anda dapat hasilkan ebook. Anda boleh jual ebook tersebut di dalam laman web atau online marketplace.

Ini antara contoh perniagaan online. Ada banyak lagi sebenarnya.

7.T-shirt, button badge, poskad,sticker

Kalau anda ni jenis yang minat design bidang ni memang bagus untuk anda. Antara cara anda boleh dapat income adalah dengan menjual design baju di dalam website seperti Cafepress, Spreadshirt, Zazzle. Dalam website anda hanya perlu design baju, shipping dan printing akan dilakukan oleh syarikat tersebut. Nak tau lagi, anda masuk website tu. Kalau nak jadi dropshipper atau reseller boleh juga. Ada banyak supplier baju di Malaysia. Kalau ada modal dan minat serta kesungguhan, anda boleh beli mesin heat press atau peralatan silkscreen. Anda ada mesin dan peralatan, anda boleh print baju sendiri. Jika tak cukup modal beli mesin tu, anda boleh jadi agent dulu. Dah cukup modal, bolehlah beli apa saja yang anda inginkan. 

Saya bukan pakar bisnes, jauh sekali. Tetapi nasihat saya, jika ada minat, percayalah pada minat tu dan kejarlah ia. Jika gagal, jangan putus asa. Anggap ia pengalaman berharga. Jangan takut untuk mencuba. 

You may also like...

1 Response

  1. We are a group of volunteers and opening a new scheme in our community. Your web site given us with valuable information to work on. You’ve done an impressive job and our entire community will be grateful to you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *