10 Tips Untuk Meningkatkan Motivasi Pekerja Anda

Jika dalam artikel sebelum ini, anda di berikan tips dan juga cara untuk meningkatkan lagi kepimpinan anda sebagai seorang ketua dan selaku pemilik bisnes di kedai anda. Ia mungkin merangkumi tugasan anda secara keseluruhan dalam mengendalikan bisnes anda bersama team anda yang lain.

Namun kali ini kita mahu membicarakan hal yang boleh meningkatkan lagi motivasi pekerja anda ketika mereka bekerja bersama-sama dengan anda. Sangat penting untuk menjaga kebajikan dan hati  pekerja. Walaupun anda adalah pemilik bisnes, anda perlu terima hakikat bahawa untuk membawa perniagaan anda lebih maju untuk jangka masa panjang, anda perlulah mempunyai staf atau pekerja yang bagus, bermotivasi dan selalu setia untuk berjuang dengan anda.

Oleh itu, perlu anda tahu hal yang boleh meningkatkan motivasi pekerja agar mereka terus gembira untuk berkhidmat di bawah bisnes anda. Antaranya :

Tips 1 : Agih tugas ikut kemampuan dan minat

Tidak semua tugasan itu sesuai untuk semua orang. Anda perlu mengagihkan tugas yang ada mengikut kemampuan dan minat pekerja anda dengan baik. Sebab itu pentingnya untuk anda mengadakan sesi interview ketika mahu mengambil mereka bekerja. Tanyakan kepada mereka pengalaman, minat dan juga kelulusan yang mereka ada. Di situ anda dapat melihat potensi yang ada pada diri mereka dan lihat juga posisi yang di pohon mereka itu sesuai untuk mereka atau tidak.

Tips 2 : Mengatur waktu kerja

Tempoh kerja juga menjadi satu hal yang sensitive. Pekerja bukanlah robot yang boleh bekerja 24 jam tanpa henti. Oleh itu tetapkan rules khusus berkaitan dengan waktu bekerja. Adakan jadual agar mereka boleh bekerja mengikut syif.

Tips 3 : Suasana tempat kerja

Sediakan ruang kedai yang cantik, menarik dan nyaman untuk bekerja. Bukan sahaja pembeli yang akan menyukai dekorasi kedai anda, malah pekerja juga akan rasa gembira dapat bekerja di ruangan kerja yang cantik dan indah.

Tips 4 : Kemudahan untuk pekerja

Pekerja sangat menghargai majikan yang prihatin akan keperluan mereka. Sediakan tempat khusus untuk mereka solat atau berehat untuk makan. Motivasi mereka akan terus meningkat apabila mendapat tempat mencari rezeki yang punya kemudahan ini.

Tips 5 : Menyediakan keperluan lengkap

Sebolehnya sediakan tools yang bagus untuk pekerja anda. Jika tempat kerja memerlukan computer, sediakan computer yang sesuai, bukanlah computer lama yang slow loading.

Jika anda menyediakan alatan untuk bantuan kerja yang lain, sediakan yang baru dan yang rosak lebih baik di tukar dengan segera. Barulah pekerja anda dapat menjalankan tanggung jawab dengan selesa.

 

Sumber Artikel : http://andter.my/10-tips-untuk-meningkatkan-motivasi-pekerja-anda-bahagian-1/

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *