Panduan Memulakan Perniagaan Bakeri dari Rumah

Baru2 ni ada seorang pelajar saya yang dah buka perniagaan bakeri dengan menyewa rumah kedai, minta bantuan saya untuk mengatur strategi memajukan lagi perniagaannya. So kat sini saya nak share dengan anda semua,bagaimana memulakan perniagaan bakeri,yang selamat dengan resiko yang rendah.

Terus terang saya katakan, saya lebih suka kiranya perniagaan ini dimulakan dirumah dahulu—-jangan berhenti kerja semata2 nak menumpukan bisnes ini,kena kerja! dalam masa yang sama terima tempahan secara kecil2 dulu,kalau dah dapt tempahan yg banyak,dan pendapatan sudah melebihi pendapatan bulanan semasa bekerja, maka bolehla fikirkan mana yang terbaik.

Saya ni belajar electronic engg, kerjaya chef,tak ada asas acaunt,tapi kalau sudi nak lihat kira2 accaount saya,disni saya nyatakan perkiraan yang sempel.Katakanlah kalau kita nak berniaga buat kek

Aset- Oven RM 1200 + Mixer RM 1000 + Utensil RM 500 = RM 2700
Chocolate Moist Cake 1 kg (Modal RM 10, Jual RM 40-untung RM 30 X 30 biji=RM 900 sebulan-utilities RM 100,masih untung RM 800) ,buat banding cake tu,contoh Resepi Mama ke & dll

marketing! setiap produk yang kita hasilkan ambil gambarnya,print,email,edar pada kawan2,lantik agent,buat blogger(saya boleh ajar cara nak buat blogger-percuma je,pastu link dengan blogger cheffarid atau bakersplace.blogspot.com),kawan2 office(mana diaorang ada masa nak turun pergi beli kek),kelebihannya kek yang kita buat halal,tak ada rum atau wain(sekarang ni dah banyak produk kek dalam pasaran yang gunakan bahan tersebut,rasanya masam2 manis kek tu)Lama-lama insyaallah kek kita jadi terkenal,tempahan makin banyak,barula fikir camna nak buka kedai kek pula.Lagi satu tak ramai usahawan melayu yang buka perniagaan ini,yang saya tahu,damansara x ada,shah alam x ada,PJ x ada,Kelang x ada.masih banyak lagi kekosongan,cukupla setakat ni ada masa kita sembang lagi………….cheffarid

 

Sumber Artikel : http://cheffarid.blogspot.my/2006/11/langkah-permulaan-memulakan-perniagaan.html

You may also like...

1 Response

  1. Seronok kalau dapat berniaga macam ni yang berkait dengan minat ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *