Tips Memulakan Perniagaan Mencuci Kereta

Ketika ini perniagaan mencuci kenderaan sedang berkembang di seluruh Malaysia. Hal ini berlaku disebabkan peningkatan jumlah pengguna kenderaan. Bagi kebanyakan kita yang sibuk dengan rutin harian, mencuci kenderaan peribadi merupakan suatu perkara yang remeh kerana kita tidak banyak masa lapang untuk melakukannya. Kebanyakan daripada kita lebih suka menggunakan khidmat mencuci kereta.

Maka tidak hairanlah perniagaan ini masih mempunyai prospek yang cerah. Bagi anda yang mengambil keputusan untuk menceburi perniagaan mencuci kereta, berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda fikirkan dalam menjalankan perniagaan mencuci kereta:

1. Pilih Lokasi Yang Sesuai
Lokasi merupakan salah satu faktor penting yang mempengaruhi untung-rugi sesuatu perniagaan. Untuk menjalankan perniagaan mencuci kereta, setiap pengusaha harus memilih lokasi yang strategik dan sesuai. Anda boleh memilih lokasi di mana terdapat banyak laluan kenderaan, contohnya di tepi jalan. Supaya lebih diketahui ramai, anda perlu memasang sepanduk besar untuk mendapat perhatian ramai.

2. Utamakan Keselesaan
Memandangkan persaingan dalam perniagaan ini amat sengit, anda perlu pandai-pandai menyediakan ruang yang selesa untuk para pelanggan. Jika perlu, anda boleh menyediakan minuman atau makanan ringan kepada pelanggan yang menunggu kenderaan mereka dicuci. Selain itu, anda juga boleh menyediakan televisyen, surat khabar, muzik dan majalah agar para pelanggan tidak bosan menunggu kereta mereka siap dicuci.

3. Perbaiki Mutu Perkhidmatan
Setiap pelanggan akan mengunjungi kembali kedai anda jika mutu perkhidmatan yang diber memuaskan hati mereka. Oleh itu, pastikan terlebih dahulu bahawa hasil pencucian kereta di tempat anda mempunyai kualiti yang baik and hasil yang bersih.

4. Berikan Layanan Yang Baik
Dalam menjalankan perusahaan mencuci kereta, layanan pelanggan merupakan salah satu perkara yang berlu dititikberatkan. Jika anda memberi layanan yang baik, sudah pasti ramai yang akan kembali mengunjngi dan mendapatkan perkhidmatan cucian kedai anda. Manakala jika layanan yang anda berikan kurang memuaskan pelanggan mungkin tidak akan mengunjungi kedai anda lagi.

Oleh itu, pastikan anda dan pekerja-pekerja anda memberikan layanan terbaik kepada para pelanggan yang berkunjung. Terutama sekali berikan layanan yang mesra, baik dan cepat, yang menyebabkan pelanggan and berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Di samping itu, kejujuran juga menjadi kunci kejayaan anda dalam perniagaan. Pastikan tidak ada pelanggan yang membuat aduan kehilangan barang dari kereta mereka. Jagalah keselamatan kenderaan yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Anda perlu mengingatkan pelanggan untuk tidak menyimpan barang berharga di dalam kereta mereka.

5. Ambil Perhatian Akan Air Yang Digunakan
Air merupakan sumber utama dalam proses mencuci kenderaan. Ambil perhatian terhadap keadaan air yang anda gunakan, samada kotor atau keruh dan berpasir. Jika salah satu kriteria tadi menjejaskan kualiti air yang digunakan, maka anda dinasihatkan supaya tidak menggunakannya untuk mencuci kereta.

Anda mungkin tidak menyedari bahawa air yang keruh juga mengandungi kotoran yang halus. Lama kelamaan kotoran ini akan termendap dan menjadi tompokan pada kereta pelanggan. Hal ini dapat diperhatikan pada badan kereta yang semakin lama semakin muram dan kusam. Perkara ini dapat dielakkan dengan menggunakan penakung air yang dilengkapi dengan penapis air.

6. Peralatan Mencuci
Secara umumnya, peralatan yang diperlukan dalam perniagaan mencuci kereta termasuklah compressor atau steam wash. Jadi untuk memulakan perniagaan ini, sebaik-baiknya pastikan peralatan perniagaan lengkap disediakan. Pilihlah peralatan yang berkualiti supaya anda tidak perlu membazir wang untuk memperbaiki alat-alat yang mudah rosak.

Selain daripada peralatan untuk mencuci, anda juga disarankan menggunakan syampu kereta yang berkualiti. Syampu kereta yang berkualiti akan memudahkan kerja-kerja mencuci kereta dan lebih ekonomi.
Semoga apa yang kami sampaikan dalam artikel ini dapat membantu anda dalam membangunkan perniagaan mencuci kereta.

Sumber Artikel : http://www.usahawan.com/idea-bisnes/tips-memulakan-perniagaan-mencuci-kereta.html/

You may also like...

15 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *