Tips Memilih Nama Bisnes

Nama diperlukan untuk membezakan identiti sesuatu benda daripada benda lain. Demikian juga halnya dalam dunia perniagaan. Seorang usahawan harus memilih nama produknya supaya ia dikenali dan dibezakan daripada para pesaingnya. Para pengusaha seringkali pening memikirkan nama untuk bisnes atau produknya.
Ini adalah beberapa tips dalam memilih nama untuk produk atau perniagaan anda.

1. Relevan
Carilah nama yang mempunyai kaitan dengan perniagaan anda. Ramai yang memilih nama yang mewakilkan bidang atau tujuan perniagaan mereka. Selain membuatkan pengguna lebih mudah mengingati bidang perusahaan tersebut, anda juga tidak perlu menerangkan dengan panjang lebar tentang perniagaan yang anda lakukan. Singapore Airlines adalah salah satu contohnya.

2. Catchy
Selain daripada ciri di atas, anda juga boleh memilih nama yang dapat menarik perhatian para pengguna apabila mendengarnya. Pilihlah nama yang senang disebut dan sedap didengar. Jenama boleh menjadi buah mulut kerana keunikan namanya. Contohnya, Yahoo! dan Waze. Kreatiflah dalam memberi nama jenama mengikut naluri anda dan pastikan pengguna juga akan menyukainya.

3. Nama Sendiri
Mungkin terlintas dalam fikiran anda ungkapan ‘nama membawa tuah’. Jangan malu untuk menggunakan nama sendiri untuk perniagaan anda. Ini juga soal personal branding. Anda juga boleh menggunakan akronim yang lebih mudah diingati. Sebagai contoh, Hewlett-Packard adalah nama panjang HP.

4. KISS: Keep It Short and Simple
Kaedah KISS sangat penting untuk diterapkan. Jangan pilih nama yang terlalu panjang, apatah lagi yang susah disebut. Anda boleh mencipta nama yang unik, tetapi tidak terlalu abstrak. Ini kerana nama abstrak mungkin menyebabkan reaksi kurang baik. Pastikan pengguna tidak perlu banyak berfikir untuk boleh menyebut atau mengingatnya.

Setelah memilih nama yang tepat untuk produk anda, jangan lupa cari nama tersebut dalam mesin carian. Pastikan anda tidak menggunakan nama yang sudah digunakan orang lain. Ini penting bagi memastikan anda tidak terjerumus dalam masalah hak cipta atau serupanya.

 

Sumber Artikel : http://www.usahawan.com/pengurusan/tips-memilih-nama-bisnes.html/

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *