Tips Perniagaan di Karnival

Kalau dengar ada ekspo atau karnival, mesti kita bayangkan peniaga dan pengunjung. Dua benda yang sangat berkait rapat. Tapi selalu juga kita akan dengar karnival ada tapi orang tak ramai ataupun orang ramai tapi tak membeli.

Sebetulnya, kita akan nampak ia bergantung kepada rezeki peniaga. Tapi jangan lupa usaha yang kena buat juga supaya boleh menarik perhatian pengunjung dan berbaloi dengan sewa yang kita keluarkan.

Baca: Karnival Di Masjid Satu Alternatif Baru Mempelbagaikan Fungsi Tempat Ibadat

Jadi disini kami nak kongsikan 5 tip berniaga di tempat ekspo atau karnival buat siapa yang mula berhajat untuk turun berjumpa dengan teknik JOIN THE CROWD.

1. Booth

Hias booth korang cantik cantik. Pamerkan barang jualan dengan unik dan menarik. Kalau boleh ikut trend masa kini. Ini penting sebagai daya penarik untuk pelanggan berhenti di booth anda. Opss, jangan lupa pamerkan harga barang, kalau tidak ada harga nanti KPDNKK marah.

2. Komunikasi

Komunikasi dengan pelanggan juga mesti kena cantik, secantik hiasan booth nya. Anda sambut kedatangan pelanggan dengan memberi sebuah senyuman mesra, baru ada positive vibes. Senyum dekat semua orang tau, jangan pilih awek cun, abang sado je. Hehe

3. Pelanggan

Beri kebebasan memilih kepada pelanggan. Tengok dari jauh sahaja tanpa mengekori mereka. Mesti anda pernah rasa apabila nak memilih barang pekerja kedai asyik ikut dari belakang je. Apa anda rasa waktu itu? Tak selesakan? Ikut, bila mereka perlu pertolongan kita sahaja je.

4. Barang

Jual barang secara runcit dan pakej. Ini memudahkan pelanggan memilih kuantiti yang mereka perlukan. Selain itu, mainkan harga pakej supaya nampak penjimatan di pihak pelanggan. Sebagai peniaga, anda tetap untung walaupun jual dengan harga pakej.

5. Semangat

Sabar dan tidak mudah putus asa. Setiap perniagaan ada pasang surutnya, jangan mudah putus asa sekiranya bisnes anda kurang mendapat sambutan. Ini kerana mungkin ada perkara yang perlu diperbetulkan. Teruskan berusaha dan percayalah sembilan dari sepuluh pintu rezeki ada dalam perdagangan.

 

Sumber Artikel : https://www.thevocket.com/5-tip-berniaga-di-karnival/

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *