Keikhlasan dalam Perniagaan

Kita semua tahu bahawa ramai yang berminat menjalankan perniagaan tidak kira secara kecil-kecilan atau besar-besaran . Tetapi adakah kita benar-benar ikhlas di dalam menjalankan perniagaan tersebut ? Keikhlasan dalam perniagaan ini sebenarnya banyak dan mungkin ia amat berguna kepada bakal peniaga dan peniaga yang sedia ada dan boleh menjadi landasan untuk memajukan perniagaan tersebut .

 

Kembali kepada konsep perniagaan yang terbaik , selalunya kita lihat ada beberapa prosedur atau langkah-langkah yang perlu dipatuhi secara langsung atau tidak langsung . Ia adalah untuk membina kredibiliti dan mutu sesebuah perniagaan agar sentiasa mendapat pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat. Antaranya ialah :-

 

Ikhlas Dengan Pembekal.

Pembekal dan peniaga diibaratkan seperti isi dengan kuku kerana sering berhubung untuk pelbagai urusan terutama pesanan stok atau produk untuk perniagaan dalam jangka masa yang panjang . Oleh itu, para peniaga perlulah ikhlas dalam bekerjasama serta mempunyai hubungan yang baik dengan semua pembekal agar semua urusan yang berkaitan berjalan dengan lancar . Elakkan menimbulkan rasa tidak puas hati dengan pembekal dan cuba cari jalan penyelesaian yang terbaik jika terdapat masalah di dalam pesanan barang atau produk .

 

Ikhlas Dengan Harga.

Apabila berniaga , kita perlulah pandai mengira harga sesuatu produk atau servis yang disediakan . Jangan terlalu ingin mengambil untung yang lebih dan menjualnya dengan harga yang lebih mahal dari harga asal . Oleh itu , para peniaga haruslah membuat perbandingan harga terlebih dahulu agar harga yang ditetapkan tidak membebankan pelanggan dan juga pembeli .

 

Ikhlas Dengan Pembeli.

Kita sering jumpa dengan pendapat atau kenyataan pembeli dan pelanggan selalunya adalah betul dan juga kita harus mengutamakan pelanggan atau pembeli , jadi di dalam perniagaan di dalam sesebuah komuniti , para peniaga tersebut perlulah pandai melayan dan menjaga hubungan baik dengan pembeli atau pelanggan . Ini adalah untuk menjamin produk atau perkhidmatan yang kita jual dan sediakan serta perkhidmatan mendapat pembelian ulangan dan secara tidak langsung mempunyai pelanggan yang tetap .

 

Sumber Artikel : https://www.hafiszankamarudin.com/2013/11/keikhlasan-dalam-perniagaan/

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *