9 Langkah Terbaik Mulakan Perniagaan Internet

Anda nak mula bisnes internet tapi tak tahu nak mula dari mana?

Ni saya berikan anda 9 langkah cara nak mulakan bisnes internet

Saya sudah lihat ramai orang yang baru bermula berjaya kembangkan bisnes internet mereka dengan melakukan perkara berikut:

  1. Cari permintaan, masalah dan penyelesaian prospek.
  2. Tulis ayat jualan yang POWER.
  3. Bina website yang menarik dan mudah digunakan.
  4. Gunakan enjin carian untuk tarik trafik ke website anda.
  5. Gunakan media sosial untuk penjenamaan.
  6. Tingkatkan kredibiliti anda, jadi seorang yang pakar.
  7. Follow Up pelanggan anda menggunakan pemasaran emel.
  8. Tingkatkan jualan anda melalui Back-End Sales dan Upselling.
  9. Fokus dan konsisten.

ok, anda dah tahu langkah-langkah yang perlu anda lakukan. Sekarang, saya akan jelaskan satu per satu langkah-langkah ini di bawah..

Langkah 1: Cari Permintaan, Masalah dan Penyelesaian

Kebanyakkan kesalahan orang baru adalah mereka mencari produk dulu, kemudian baru pasaran.

Untuk meningkatkan peluang anda untuk berjaya, mulakan dengan pasaran dulu. Caranya adalah dengan mencari sekumpulan orang yang sedang mencari penyelesaian kepada masalah. Anda boleh lakukan kajian ini dengan:

  • Masuk ke forum dan lihat apa soalan yang ditanya dan apa masalah yang ingin diselesaikan.
  • Lakukan kajian keyword untuk mencari keyword yang ramai orang sedang mencari, tetapi tidak banyak persaingan.
  • Kaji pesaing anda dengan melawat website mereka dan lihat apa yang mereka lakukan untuk mengisi permintaan.

Kemudian, anda boleh gunakan apa yang telah anda kaji dan cipta produk untuk pasaran yang telah wujud. Bina USP anda. Dengan cara ini, anda boleh buat produk yang lebih baik daripada pesaing.

Langkah 2: Tulis Ayat Jualan Yang POWER

Anda perlu tulis ayat jualan mengikut turutan;

  • Tulis tajuk headline yang menarik perhatian.
  • Huraikan masalah yang produk anda selesaikan.
  • Bina kredibiliti anda sebagai penyelesai masalah.
  • Tambah testimoni dari pelanggan yang pernah gunakan produk anda.
  • Huraikan manfaat produk kepada pengguna.
  • Beri tawaran yang hebat.
  • Beri jaminan yang kuat.
  • Guna ayat Urgency.
  • Beri arahan untuk buat tempahan.

Dalam menulis ayat jualan, anda perlu beritahu bagaimana untuk jadikan produk anda unik dan dapat menyelesaikan masalah prospek. Beritahu pada prospek yang produk anda boleh jadikan kehidupan mereka jadi lebih baik.

Anda perlu berfikir seperti pelanggan dan bertanya “Apa yang yang saya dapat jika saya beli produk ini?”

Langkah 3: Bina Website Yang Menarik dan Mudah Digunakan

Sebaik saja anda dah jumpa pasaran dan produk anda. Anda perlu bina proses jualan untuk prospek buat pembelian.

Jangan lupa untuk pastikan ia mudah. Anda mempunyai kurang dari 5 saat untuk tarik perhatian prospek. Jika tidak, mereka pergi tak kembali.

Ini beberapa tips penting yang perlu anda buat dalam website:

  • Gunakan satu atau dua font biasa dan berlatar belakang putih.
  • Menu navigasi anda mestilah jelas dan mudah.
  • Gunakan grafik, audio atau video jika ia dapat bantu sampaikan mesej anda dengan efektif.
  • Beri free gift supaya anda boleh kumpul alamat e-mel.
  • Jadikan ia mudah untuk membeli, tak lebih daripada 2 klik antara potensi pelanggan dancheckout.
  • Website anda adalah seperti kedai online, jadikannya mesra pelanggan.

Langkah 4: Gunakan Enjin Carian Untuk Tarik Trafik ke Website Anda.

Iklan Pay Per Click (PPC) adalah antara cara yang paling mudah untuk dapatkan trafik ke website untuk jenama baru. Cara ini mempunyai 2 kelebihan berbanding menarik trafik secara organik…

Pertama, iklan PPC muncul pada hasil carian dengan serta-merta.

Kedua, iklan PPC membolehkan anda untuk menguji pelbagai kata kunci, tajuk-tajuk utama dan juga harga bidding.

Bukan sahaja anda boleh dapat trafik serta-merta, anda juga boleh menggunakan iklan PPC untuk mencari keyword yang menghasilkan jualan. Kemudian, anda boleh letak keywordtersebut di seluruh website anda. Ini dapat membantu meningkatkan kedudukan website anda dalam hasil carian secara organik.

Langkah 5: Gunakan Media Sosial Untuk Penjenamaan.

Media sosial yang popular sekarang ini adalah Facebook dan Instagram. Kelebihan menggunakan kedua-dua medium ini adalah ia berkonsepkan viral. Gunakan kelebihan ini untuk bina jenama bisnes internet anda.

Apa yang perlu anda buat adalah;

  • Bina logo dan gambar yang menarik.
  • Pilih warna gambar yang bersesuaian dengan niche bisnes anda.
  • Bina followers yang targetted.
  • Bina post pada waktu yang optimum secara konsisten.
  • Gunakan hashtag yang bersesuaian ketika bina post.
  • Banyakkan engagement dengan followers anda.
  • Kumpulkan gambar dalam satu album.
  • Kumpulkan followers anda dalam Facebook Group

Ada pelbagai cara untuk bina jenama bisnes internet anda dalam media sosial. Apa yang paling penting adalah anda perlu konsisten untuk lakukan kesemua perkara di atas.

Langkah 6: Tingkatkan Kredibiliti Anda, Jadi Seorang Yang Pakar.

Orang menggunakan internet untuk mencari maklumat. Biasa mereka mencari maklumat untuk selesaikan masalah mereka.

Jadi, apa yang perlu anda buat adalah;

  • Buat artikel, video atau apa-apa kandungan lain yang kita akan dapati berguna. Promosikan kandungan tersebut di direktori artikel dan laman sosial.
  • Letak link “Send to Friend” pada kandungan di website anda.
  • Jadi seorang yang aktif di forum-forum dan laman sosial di mana sasaran pasaran anda ada.

Dengan cara ini, anda akan dapat ramai pembaca baru. Tetapi, lebih baik jika setiap websiteyang siarkan kandungan artikel anda dapat buat backlink pada website anda. Ini dapat menaikkan kedudukan website anda dalam enjin carian.

Langkah 7: Follow Up Pelanggan Anda Menggunakan Pemasaran Emel.

Apabila anda membina senarai emel, anda telah bina salah satu aset yang paling berharga dalam bisnes internet anda. Pelanggan telah memberi kebenaran untuk anda menghantar e-mel kepada mereka.

Ini bermakna:

  • Anda perlu berikan mereka sesuatu yang mereka telah minta.
  • Anda sedang membina hubungan dengan mereka.
  • Anda dapat jimatkan kos pengiklanan. Pemasaran emel adalah lebih murah dan lebih berkesan daripada menggunakan media cetak, TV atau radio kerana ia sangat targetted.

Langkah 8: Tingkatkan Jualan Anda Melalui ‘Back-End Sales’ dan ‘Upselling’.

Salah satu strategi pemasaran internet yang penting adalah tingkatkan nilai setiap pelanggan. Biasanya pelanggan yang pernah membeli dari anda akan membeli dari anda lagi, itu pun jika anda follow up mereka. Ini dapat menjimatkan kos pemasaran kerana untuk dapatkan pelanggan pertama, anda perlukan kos yang agak tinggi.

Jadi, gunakan back-end sales dan upselling untuk buatkan mereka membeli lagi:

  • Tawarkan produk yang lengkapkan pembelian asal mereka.
  • Berikan kupon diskaun elektronik supaya mereka boleh tebus semula untuk pembelian akan datang.
  • Tawarkan produk berkaitan di “Thank You” page anda selepas mereka buat pembelian.

Berikan ganjaran kepada pelanggan anda yang sentiasa setia dengan anda, seperti tawaran diskaun, beli satu percuma satu, tiket percuma dan lain-lain.

Langkah 9: Fokus dan Konsisten

Dalam bisnes, anda perlu sentiasa fokus dan konsisten dalam segala perkara yang anda ingin lakukan.

Untuk fokus dan konsisten, anda perlu;

  • Mempunyai matlamat yang jelas dalam bisnes anda.
  • Utamakan perkara yang penting dahulu.
  • Bina pasukan yang mempunyai matlamat yang sama.
  • Gunakan masa yang ada sebaik-baiknya.
  • Banyakkan membaca buku-buku bisnes dan motivasi

Nak buat semua perkara ini bukannya perkara yang mudah, ia memerlukan tahap disiplin yang tinggi. Jika anda mampu praktikkannya, saya yakin anda pasti boleh berjaya dalam setiap perkara yang anda lakukan.

Selesai! Itu sahaja 9 langkah untuk mulakan bisnes internet yang perlu anda lakukan mulai sekarang.

Semoga berjaya!

Sumber Artikel   : https://sifufbads.com/blog/tips-tips/9-langkah-mulakan-bisnes-internet/

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *