Peluang Perniagaan Katering

Perniagaan katering merupakan salah satu perniagaan home-based yang sangat menguntungkan dan berpotensi untuk berkembang. Ini sangat bagus dari segi kewangan dan mudah dibuat.

Setiap event seperti pesta ulang tahun, makan malam ataupun resepsi penikahan, merupakan pengalaman baru dan kerenah baru yang perlu dilayani oleh caterer kerana berhadapan dengan kelompok orang yang baru.

Perniagaan katering memerlukan stamina yang lebih, kemampuan bekerja di bawah tekanan, dan harus memiliki kebolehan interpersonal yang sangat baik. Kejayaan anda dalam perniagaan ini bergantung dengan reputasi anda sendiri.
Untuk mendapat reputasi yang baik dalam perniagaan, anda harus bersedia bekerja keras dan mampu bekerja di bawah tekanan. Berikut disampaikan tips dan strategi untuk memulakan perniagaan katering dari rumah.

Permintaan Katering

Permintaan terhadap katering akan terus meningkat dari tahun ke tahun. Pemangkinnya adalah pertambahan dalam jumlah rumah tangga berpendapatan tinggi, jumlah perkahwinan serta acara korporat (business events). Banyak syarikat yang menggunakan khidmat katering untuk menyajikan makan tengahari (luncheon), dan upacara makan malam untuk menaikkan imej dan meningkatkan jualan syarikat. Gaya hidup seperti ini memberikan peluang dalam perusahaan katering.

Ramai kaum ibu sekarang yang mengupah katerer untuk menyiapkan majlis mewah dan melayan tetamu mereka. Meningkatnya permintaan katering untuk pesta ulang tahun, meraikan kejayaan, dan resepsi perkahwinan disebabkan faktor yang mudah iaitu; di zaman sekarang ramai kaum ibu yang berkerjaya dan tidak cukup masa untuk melakukan persiapan rapi sesebuah majlis.

Modal

Katering menawarkan kesempatan untuk memulakan sebuah perniagaan makanan dengan modal awal yang lebih rendah dibandingkan dengan membuka restoran. Tujuan utama anda adalah memberikan khidmat katering yang berkualiti, membuatkan setiap acara penuh kenangan, menyediakan khidmat katering yang luar biasa; dari pemilihan bahan dan persiapan makanan, peralatan, portion makanan, mengatur dan membersihkan tempat acara, khidmat perunding dan koordinasi makanan bagi acara tertentu.

Kos perniagaan katering tergantung pada apa yang anda bawa ke dapur. Untuk mengawal kos permulaan, anda boleh memulakan perkhidmatan katering dengan menyewa peralatan memasak. Anda boleh menyewa fasiliti dapur dari kedai yang menyewakan peralatan tersebut.

Apabila kewangan sudah stabil anda boleh membeli peralatan sendiri. Dengan menyewa fasiliti, peralatan, dan kelengkapan, anda boleh menggunakan beberapa bulan pertama untuk membangunkan reputasi anda, menyimpankan modal untuk pelaburan, dan mengkaji berapa banyak waktu dan modal yang anda perlukan dalam meneruskan perniagaan ini.

Potensi Pendapatan

Potensi pendapatan perniagaan katering tergantung pada skala acara. Seperti perniagaan lain, katering memerlukan pengurusan dan kebolehan organisasi perniagaan yang baik untuk berjaya.

Kemampuan anda mengurus kos operasi, sambil menjalankan perkhidmatan bermutu tinggi juga sangat penting. Ramai yang mengatakan bahawa keuntungan dalam perniagaan katering adalah yang terbaik dalam industri makanan.
Untuk mengurangkan kos, anda boleh menggunakan rumah sebagai pejabat, mengambil pekerja dan menyewa dapur dari restoran terdekat.

Oleh kerana perniagaan ini bermusim, biasanya katerer tidak memerlukan pekerja tetap yang ramai sepanjang tahun. Yang penting, perniagaan ini tidak hanya menyediakan makanan yang banyak, tetapi juga memberi khidmat layanan yang baik. Staf katering harus memberi maklumbalas yang dikehendaki para pelanggan, fleksibel serta professional.

Semoga artikel peluang perniagaan katering yang kami sajikan ini dapat memberi inspirasi untuk anda memulakan perniagaan katering.

Suumber : http://www.usahawan.com/idea-bisnes/peluang-perniagaan-katering.html/

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *