Idea Perniagaan Gym untuk Penjagaan Kesihatan

Saya telah saya senaraikan sebelum ini berkenaan jenis perniagaan yang baik untuk difikirkan dan dijalankan pada masa sekarang dan akan datang. Antara idea perniagaan yang terbaik untuk dibuat adalah apa saja perniagaan yang berkait rapat dengan penjagaan kesihatan.

Penjagaan kesihatan merupakan salah satu perniagaan yang mendapat permintaan tinggi dari hari ke hari. Ada berbagai sebab kenapa jadi begitu:

  1. Tahap pendidikan yang meningkat – Mereka yang berpendidikan biasa menyedari akan kepentingan menjaga kesihatan untuk kekal hidup sihat dan ceria.
  2. Tahap pendapatan yang meningkat – Negara sedang membangun seperti Malaysia dan banyak lagi negara-negara lain berusaha untuk meningkatkan pendapatan perkapita rakyatnya. Hasil dari itu, golongan berpendapatan pertengahan bertambah dengan banyak. Ramai yang ttelah meningkat daripada berpendapatan rendah kepada pendapatan sederhana tinggi. Ini membolehkan mereka menyalurkan sedikit peruntukan untuk penjagaan kesihatan.
  3. Situasi kerja yang menekan – Banyak jenis pekerjaan yang tidak membantu peningkatan kesihatan manusia zaman moden ini. Pekerjaan jenis duduk depan meja tak bergerak adalah salah satu jenis pekerjaan yang mampu membunuh manusia lebih awal. Ditambah dengan tekanan pekerjaan yang tinggi, sesuatu perlu dilakukan untuk mengekalkan tahap kesihatan manusia zaman moden.

Dalam banyak-banyak idea perniagaan yang membantu penjagaan kesihatan kita adalah idea perniagaan gym. Idea perniagaan gym ini sebenarnya bukan satu idea perniagaan yang baru. Malah ia sudah lama wujud sejak dulu lagi.

Dari dulu lagi idea perniagaan gym ini telah meyaksikan berbagai tranformasi daripada sebuah perniagaan esklusif untuk orang kaya dan berada dan juga ahli sukan, kepada perniagaan penjagaan kesihatan yang terbuka untuk orang ramai.

Selepas para athlit digunakan sebagai duta perniagaan gym, kini para artis pula menjadi pilihan untuk menjadi duta promosi perniagaan kesihatan pusat gym ini. kita boleh lihat ada banyak pusat penjagaan kesihatan gym di negara kita di pusat-pusat bandar.

Sejak tahun 90-an dulu, perniagaan ini dikatakan telah menurun kerana terlalu banyak persaingan yang cuba merebut pasaran yang sama. Ditambah pula dengan rekaan alat senaman untuk dibeli dan diletakkan dirumah yang semakin meningkat, membuatkan perniagaan ini bertambah mencabar.

Namun begitu dalam suasana perniagaan pusat gym yang sedang menurun, muncul sebuah syarikat yang membuka pusat gym yang dinamakan Curve. Sejak pusat kesihatan gym Curve ini dibukan dalam masa yang cukup singkat dia berjaya mendapatkan pelanggan berdaftar melebihi 2 juta orang dalam masa yang singkat.

Permintaan terhadap Curve cukup menggalakkan. Ia merebak seperti api yang sedang makan pokok kering di hutan. Dikatakan setiap 5 jam, satu pusat gym Curve baru akan dibuka di seluruh dunia.

Tiru idea perniagaann gym Curve

Jika anda berminat untuk memulakan perniagaan dengan membuka pusat penjagaan kesihatan gym dan mahu berjaya seperti Curve, anda boleh fikirkan teknik yang sama sepertinya dan cuba aplikasikannya di negara kita terutamanya di pekan-pekan yang sedang meningkat naik.

Antara idea perniagaan gym tersebut adalah:

  1. Menyasarkan pelanggan hanya untuk kaum wanita yang punya masalah berat badan tidak mengiurkan suami atau bakal suami.
  2. Membuang idea cermin terbuka dari luar seperti pusat gym yang biasa untuk menghalang orang luar melihat. badan yang besar hanya membuatkan tuan punya badan malu untuk ditonton.
  3. Membuang juga idea cermin di segenap dingding gym. Tak perlu asyik tengok rupa bentuk badan yang tak elok itu, ia melemahkan semangat sahaja.
  4. Membukan berhampiran pusat penempatan orang ramai seperti di taman-taman agar mudah untuk pergi ke pusat gym. Ini membolehkan bayaran yang dikenakan menjadi murah kerana kos menyewa bangunan di kawasan luar dari pusat bandar lebih rendah.
  5. Menggalakan partisipasi rakan-rakan setaman. Ini dapat menyuntik motivasi untuk bersama bersenam dan sambil itu boleh bertukar gossip panas sesama mereka.

Begitulah secara ringkas idea perniagaan gym dan saya rasa anda dah dapat ideanya di sini. Jika anda mahu tahu kenapa konsep Curve amat berjaya, bacalah buku Blue Ocean Straregy. Jika anda mahu tahu bagaimana nak buka perniagaan pusat gym pula, boleh dapatkannya dari sini.

 

Sumber : http://hidupringkas.com/keusahawanan/idea-perniagaan-gym-untuk-penjagaan-kesihatan/

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *