Tips Asas dalam Perniagaan Online

Sebenarnya tips yang saya nak kongsikan ni sangat common kepada penggiat-penggiat atau pengusaha-pengusaha bisnes online ni, tapi apa yang menyebabkan ada sesetengah yang kurang berjaya sebab tiadanya konsistensi. Baik ada dua point yang saya nak fokuskan. Pertama, promosi dan Kedua Istiqamah.

 

PROMOSI
1) Saya berterima kasih dengan Irfan Khairi kerana memberi jalan kepada saya untuk terus berjuang dengan tips yang beliau berikan. PROMOSI, PROMOSI, PROMOSI. Itu yang selalu dikatakan oleh beliau. Kata lainnya Banyak Trafik ler…Perbanyakkan promosi, in sya Allah, semakin banyak pelawat mengenali bisnes anda, sudah pasti makin banyak sales bukan? Terdapat banyak promosi yang boleh dibuat melalui online seperti menggunakan laman sosial facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain lagi. Selain itu, ada YouTube juga amat membantu dengan meletakkan watermark di dalam video. Mudah bukan? Tetapi Promosi sahaja tidak cukup sekiranya tidak digabungkan dengan tips yang kedua, ISTIQAMAH.

ISTIQAMAH
2) Istiqamah atau konsisten sangat penting dalam bisnes online ini. Ya, ramai yang tidak berjaya kerana tiadanya konsistensi. Saya juga mengaku yang saya juga seorang yang hangat-hangat tahi ayam. Awal-awal saja bersemangat tapi tak bertahan dengan lama. Tapi itu dahulu, sekarang tak nampak sangat. . Jadi, untuk mengatasi masalah ini, anda hendaklah bermotivasi tinggi. Salah satu caranya adalah lihat kejayaan peniaga-peniaga bisnes yang lain. Katakan pada diri “Kalau mereka dapat, mengapa aku tak dapat? Mereka juga manusia biasa”.
Memang duit merupakan objektif utama dalam semua bisnes dan kalau nak wang cepat? Maaf, bisnes online bukan tempat untuk anda. Bertahan dalam 3 bulan bukan sesuatu yang mudah, tapi kalau anda berjaya, Anda mungkin sayang untuk meninggalkan bisnes online yang telah anda usahakan.

Salah satu cara lagi untuk newbie, saya sarankan cari perkara yang anda minat. Contohnya, Anda menjual tudung, tapi anda minat bola sepak. Lambat laun, anda akan buat kerja dengan sambil lewa sahaja. Jadi, kan lebih baik sekiranya anda menjual peralatan / aksesori bola sepak seperti jersi, kasut bola, stoking, dan lain-lain lagi.

Sebagai penutup, kalau promosi bergabung dengan istiqamah pasti bisnes meletup!Kalau promosi tak ada konsisten. Cuma setahun sekali je, bila nak jadi? Dan Kalau istiqamah tanpa promosi, siapa pulak yang nak tengok bisnes anda?

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *