Bagaimana Untuk Menghindari Scam & Penipuan Dalam 8 Langkah

Ditipu ataupun di-scam oleh orang pasti akan memberikan kesan yang sangat teruk. Adalah terbaik jika kita berhati-hati daripada terkena – kerana apabila sudah terkena, sudah tiada cara untuk mengembalikan kerugian yang akan ditanggung.

Terdapat banyak bentuk scam dan penipuan yang terdapat di luar sana – terlalu banyak!

Oleh itu, jika anda ingin tahu bagaimana untuk mengelak daripada terkena scam, ikuti beberapa langkah mudah ini:

*langkah-langkah yang disarankan ini sangat umum (dan ringkas) dan sesuai untuk elak daripada beberapa jenis scam, namun bukan semua.

8 Langkah Menghindari Scam

1. Periksa kredibiliti seseorang ataupun syarikat dengan melakukan sedikit kajian. Anda tidak perlu membuat kajian secara terlalu perinci. Dengan sekadar mencari nama syarikat tersebut di Google ataupun enjin pencarian yang lain seperti Yahoo ataupun Bing.

Kemudian masukkan “complaint” ataupun “scam” selepas nama syarikat tersebut.

Sebagai contoh, saya ingin mengetahui tentang status Clickbank.com, iaitu satu platform pemasaran affiliate terbesar dunia. Saya tidak tahu adakah syarikat in betul-betul sah ataupun sekadar scam.

Oleh itu, saya akan ke Google, kemudian lakukan pencarian dengan menggunakan kata kunci “clickbank.com scam”

adakah clickbank scam

Itu adalah satu contoh sahaja.

Tetapi jika syarikat yang anda berdepan adalah syarikat yang baru sahaja ditubuhkan, ataupun tidak mempunyai laman sesawang, ataupun tiada reviu di internet, macam mana?

JAWAPANNYA DI BAWAH

2. Jika anda tidak dapat rujukan ataupun info dari internet, anda boleh lakukannya secara old-school. Dapatkan maklumat dan berhubung dengan orang yang sedang berurusan dengan syarikat tersebut. Tanya mereka adakah seseorang dan syarikat anda anda ingin tahu tersebut terlibat di dalam kegiatan skim cepat kaya ataupun terlibat di dalam penipuan.

3. Jika syarikat yang anda berurusan tersebut adalah pada peringkat antarabangsa, anda boleh dapatkan maklumat lanjut di Better Business Bureau, ScamBusters ataupun Fraud.org. Itu adalah agensi yang diiktiraf untuk mengenalpasti penipuan ataupun scam.

 

4. Ketahui sudah berapa lama syarikat tersebut beroperasi. Adakah ianya tiba-tiba timbul kemudian menghilang. Kemudian timbul pula, kemudian menghilang pula. Jika itu adalah situasinya sekarang, cepat-cepatlah lari dari melakukan sebarang transaksi duit.

5. Lakukan pembayaran dalam bentuk chek.

6. Jadi lebih teliti dengan berdepan dengan syarikat yang meminta anda mengeluarkan duit up front.

7. Semasa menghantar pembayaran, setkan “signature required“. Ini untuk memastikan anda untuk mendapatkan alamat jalan, bukannya sekadar P.O. Syarikat sukar untuk menghilang begitu sahaja dengan adanya alamat.

8. Jika anda sangat sangsi dengan sesuatu syarikat, dan anda merasakan mereka diterlibat di dalam aktiviti penipuan, anda boleh melaporkan syarikat mereka kepada pihak berkuasa, contohnya pihak polis.

Tips

1. Periksa semua aspek syarikat tersebut sebelum memulakan sesuatu transaksi.
2. Adakah tawaran yang diberi terlalu too good to be true? Jika ya, anda perlu lebih teliti kerana kebanyak scammer akan menggunakan teknik ini memancing mangsa.
3. Pengguna Mudah.my dan Lelong perlu lebih teliti dalam memilih produk yang ingin dibeli. Kalau boleh telefon penjual terlebih dahulu, sahkan semua perkara sebelum melakukan sebarang transaksi.
4. Banyakkan melakukan pembacaan dan berita, anda akan lebih terbuka dan peka dengan aktiviti penipuan dan scam ini – percayalah, mereka cepat berkembang.

Kesimpulan

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Ingatlah bahawa keputusan yang anda ambil pada hari ini akan mengubah masa hadapan anda. Oleh itu, anda perlulah bijak dalam membuat keputusan, terutama di dalam aspek yang memerlukan jumlah wang yang banyak.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *