5 Tips Memulakan Bisnes Fotografi

1. Rancang Pelan Perniagaan.

Mana-mana usahawan yang serius (tidak kira dalam apa bidang perniagaan sekalipun) akan memberitahu anda bahawa anda perlu menyusun idea-idea anda di atas kertas. Ia berfungsi sebagai pelan tindakan anda, yang menerangkan asas perniagaan anda dan bagaimana ia akan menguntungkan anda. Ia terbahagi kepada beberapa perkara seperti aliran tunai, perbelanjaan, pemilikan, dan persaingan.

Ini kerana, fotografi adalah salah satu perniagaan yang agak kompetitif di Malaysia. Anda perlu menjadi orang perniagaan yang baik dan sentiasa bersedia bagi membolehkan anda untuk terus kekal dalam bisnes. Anda tak perlu pening kepala di kemudian hari jika anda telah bersedia di waktu memulakan operasi.

Pelan perniagaan nampak seperti sesuatu yang mudah, sebaliknya tidak. Ia adalah satu proses. Namun anda boleh mempelajari semua ini secara online. 

2. Cari Mentor 

Bisnes adalah satu proses pembelajaran dan pengajaran. Untuk itu anda perlukan mentor. Selain Mentor dapat membantu anda untuk bertapak, ia juga akan menjimatkan masa anda untuk capai apa yang anda rancang tanpa perlu mengulangi kesilapan yang pernah mentor anda lalui. 

Cari beberapa Mentor dalam pelbagai bidang. Jangan terhadkan mentor dalam bidang fotografi sahaja, cari mereka yang berpengalaman dalam mencuba banyak bidang. Pengalaman tidak boleh dibeli, tetapi ianya boleh dikongsi. Lakukan sedikit reserach, cari mereka di Facebook. Ikuti perkembangan mereka di laman sosial dan email atau mesej mereka secara peribadi. Nyatakan niat anda yang bahawa anda ikhlas untuk belajar dan berminat untuk jadikan mereka sebagai mentor. Siapa tahu, anda mungkin bernasib baik?

3. Berada Dikalangan Jurugambar

Jika anda bukanlah datang dari latar belakang fotografi, anda semestinya tidak mempunyai klu apa yang sedang berlaku di dalam industri. Kelilingi diri anda dikalangan jurugambar-jurugambar, lihat dan belajar daripada mereka. Bagaimana untuk berada di sesebuah kelompok fotografi? Jadi seorang yang proaktif. Cari mereka di group-group Facebook atau forum. Anda akan jumpa banyak group-group fotografi tempatan. Jadi anda harus sedikit memilih, kerana ia secara tak langsung akan menentukan hala-tuju dan kareer bisnes fotografi anda. Jadi seorang yang bijak.

4. Pilih Jenis Fotografi Yang Sesuai Untuk Anda

Setiap jurugambar mempunyai minat yang tersendiri. Kemungkinan besar minat ini dipengaruhi dengan beberapa jurugambar yang terkenal dan reseach yang anda lakukan. Untuk memilih jenis fotografi adalah sesuatu yang bukan mudah. Sebahagian besar jurugambar terpaksa menceburkan diri dengan pelbagai jenis fotografi sehingga mereka benar-benar jumpa jenis fotografi yang sesuai bagi mereka. Ini adalah penting kerana dalam apa jenis perniagaan, tak selalunya indah. Dan ketika itulah minat memainkan peranan penting untuk anda teruskan apa yang telah anda mulakan.

5. Mula Bangunkan Portfolio

Sebaik sahaja anda dapat idea tentang jenis fotografi yang anda minat dengan nama untuk perniagaan fotografi anda, anda akan memerlukan sebuah portfolio atau website. Laman web inilah dimana anda akan penuhkan dengan gambar-gambar anda untuk diperlihatkan kepada pelanggang anda dimasa akan datang. Tidak semestinya ada perlu berhabis ribuan ringgit untuk sebuah laman web yang canggih, terdapat beberapa laman web serta template percuma di luar sana. Apa yang penting, ada harus mula dari sekarang. 

Laman web anda harus, sudah tentu, mempamerkan kerja anda. Itulah apa yang pelanggan anda akan mahu melihat. Pecahkan galeri anda mengikut kategori. Termasuk gambar anda sendiri dan halaman yang menerangkan latar belakang dan pengalaman anda. Nyatakan juga bagaimana mereka boleh menghubungi anda.

Selain lama web, Instagram juga merupakan satu platform yang baik sebagai online portfolio anda.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *