5 Tips Mudah Memulakan Perniagaan

1- Sangat penting untuk anda kenal segmen pelanggan anda. Kita tak nak pasarkan produk kita kepada golongan yang salah. Membazir nanti. Tidak kira sama ada anda menjual produk atau menawarkan servis, fahami terlebih dahulu bakal pelanggan anda. Kaji dan fahami mereka sedalam mungkin. Lebih banyak anda faham mereka, lebih cerah peluang untuk anda berjaya.

2- Pasarkan produk atau servis anda sebaiknya mengikut strategi yang telah ditetapkan. Jangan lupa untuk lakukan pemasaran jenama juga (Branding Marketing). Tidak kira betapa kecil sekalipun perniagaan anda, ‘branding’ sangat penting. Ini penting untuk mewujudkan kepercayaan dan kesetiaan pada pelanggan anda.

3- Berhubung dengan pelanggan. Medium perhubungan sekarang terlalu luas. Tiada alasan untuk anda tidak berhubung dengan pelanggan. Gunakan saja mana-mana medium yang anda rasakan selesa dan bersesuaian. Kalau dulu, orang selalu bagi alasan malu atau tidak pandai nak bercakap dengan orang. Sekarang kita sudah ada facebook, whatsapps, skype dan bermacam-macam lagi. Anda tidak perlu lagi berjumpa mereka secara berdepan. Gunakan semua ini sebaiknya.

4- Tetapi ingat, pelanggan lebih suka untuk mengenali siapa orang di sebalik perniagaan itu. Mereka mahu tahu dengan siapa mereka berurusan. Ini dapat meningkatkan lagi kepercayaan dan kesetiaan mereka kepada perniagaan anda. Jika anda mahu langkah lebih jauh, buang rasa malu dan belajar berhadapan dengan pelanggan anda.

5- Dapatkan maklum balas daripada pelanggan yang telah mendapatkan perkhidmatan anda atau yang telah membeli produk anda. Ya, tiada siapa yang sempurna. Tetapi kita mampu mendekati kesempurnaan. Dengan maklum balas yang diterima, anda mampu memperbaiki setiap kelopongan dalam perniagaan anda. Jangan marah pula jika ada terima maklum balas yang kurang menyenangkan. Ambil ia sebagai batu loncatan untuk anda melangkah lebih jauh.

Sumber : http://safuanborhan.com/ikut-tips-ini-jika-anda-mahu-mulakan-perniagaan/

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *