7 Cara Hebat Berniaga Tanpa Modal

1) Ambil upah menulis sesuatu di internet

Tahukah anda di internet mempunyai banyak blog dan laman facebook yang mahukan kontennya di kemaskini 5 hingga 7 kali sehari.

Contohnya saya sendiri semasa menjadi pelajar saya pernah menulis blog bagi laman blog gosip terkenal, kaedahnya mudah hanya perlu buka blog lain dan tulis semula cerita yang sama dengan ayat dan cara penyampaian yang berlainan. Bolehlah setakat nak dapat dalam dua tiga ribu ringgit sebulan.

Begitu juga kini terkenal dengan laman blog bisnes dan lain-lain

 

2) Perniagaan servis menulis ayat jualan

perniagaan jenis ini sangat terkenal di luar negara dan baru sahaja meningkat naik di Malaysia setahun dua ini,

Anda tidak perlukan modal duit untuk perniagaan jenis ini, tetapi anda perlu belajar bagaimana menulis surat jualan yang hebat yang dapat memuaskan hati pelanggan anda.

Bolehlah dapat dalam rm150-rm1200 (atau lebih) bagi setiap kerja yang dilakukan

 

3) mengambil upah menjawab survey online

terdapat banyak laman web luar negara yang menawarkan servis menjawab survey bagi syarikat syarikat besar ini.

Sesetengahnya memerlukan anda memasukkan modal atau duit deposit, namun terdapat juga pilihan laman web yang mengenakan yuran murah dan percuma ini anda patut utama kan! Namun perlu berhati hati dengan penipuan sila pastikan syarikatnya boleh dipercayai

Boleh dapat sehingga rm5000 jika kena gayanya!

 

4) Perniagaan cetak baju

anda boleh buat rekabentuk baju yang sangat mengancam dan sangat menarik perhatian pembeli (itu yang utama kerana fokus kita menjual bukan kehendak peribadi)

Kemudian anda promosikan design tersebut habis-habisan cari beberapa medium iklan yang percuma dan buka sistem agen.

Setelah mendapat tempahan minimum yang dikehendaki oleh kilang terus kilangkan!

 

 

5) Dropship

Ini memang boring sebab dah ramai tahu, tapi saya kongsikan juga sebab saya pergi ceramah di politeknik baru baru ini masih ramai tidak tahu apa itu dropship jadi saya anggap anda juga tidak tahu,

Dropship adalah satu teknik perniagaan yang sangat mudah dan menguntungkan ianya adalah sistem agen yang mana anda hanya mempromosikan sesuatu barang dengan harga anda sendiri apabila pembeli membayar kepada anda,kemudian anda hanya order kepada penjual barang tersebut dan masukkan alamat pembeli anda tadi, secara tak langsung anda langsung tak perlu uruskan penghantaran dan anda langsung tak sentuh produk tersebut.

Senang cerita sistem orang tengah tetapi secara online.

Maka carilah produk yang sangat best untuk dijual harga tinggi

Dropship juga pernah melahirkan ramai jutawan!

 

6) affiliate online

Sistem affiliate online ini ramai yang terkeliru dengan dropship kerana ianya lebih kurang, tetapi affiliate lebih kepada pemberian komisen. Dimana anda menjual produk dengan harga yang sama dengan penjual tadi produk tersebut tetapi selepas anda berjaya menjualnya sistem affiliate akan merekod penjualan anda untuk dibayar komisennya selalunya dibar setiap bulan.

Sistem affiliate ini selalunya mempunyai sistem laman web khas yang merekodkan jualan anda secara automatik. Sistem ini akan merekod IP atau alamat komputer pembeli yang anda promosikan dan merekodkan pembelian mereka masukkan komisen ke akaun sistem anda.

Pakar affiliate selalunya boleh membuat. Rm50,000 hingga rm150,000 sebulan bersih! Tak percaya sila search.

 

7) Tulis ebook!

Nak tahu kenapa kami banyak jenis ebook?

Ini kerana tiada modal dan pendapatannya mengancam!

Dan membantu orang ramai menjadi kaya!

 

Apabila kita katakan tiada modal maka profit marginnya adalah 100% tak perlu jual aiskerim loceng yang modalnya rm7000 nak beli motor dan peti ais bergerak yang untung beberapa sen satu aiskerim di tengah panas (kami hargai usaha mereka). Anda hanya perlu Tulis ebook yang mempunyai ilmu yang power dan berbaloi untuk dijual maka jual lah sebanyaknya!

 

Sumber : http://aidilomar.com/2014/09/7-cara-hebat-berniaga-tanpa-modal/

You may also like...

820 Responses