4 Idea Bisnes Pantas & Menguntungkan Masa Kini

Dunia perniagaan pada hari ini penuh dengan pelbagai produk serta barangan yang  mampu menarik perhatian para pengguna. Kepelbagaian barangan serta kemajuan produk bergerak di dalam situasi yang sangat pantas selaras dengan kemajuan teknologi dan kepakaran terkini.

Takrif perniagaan zaman siber adalah suatu urusan jual-beli yang melibatkan pertukaran barangan dan wang ringgit yang dilakukan dengan cepat menggunakan teknologi terkini seperti pembayaran kad kredit secara ‘online’, ‘internet-banking’ dan ‘direct-transfer’.

Memahami kehendak pengguna merupakan suatu aspek yang sangat penting sebelum memulakan sesuatu perniagaan.  Perancangan sebelum memulakan perniagaan amat penting bagi menjamin kejayaan sesuatu usaha perniagaan tersebut.

Suatu ketika dahulu, perniagaan kenderaan atau kereta terpakai merupakan suatu perniagaan yang menguntungkan. Ini kerana pada ketika itu harga kereta-kereta terpakai setara dan tidak mempunyai perbezaan yang signifikan dengan kereta baru yang terdapat di pasaran.

Walau bagaimanapun, masa telah berubah dan keadaan pasaran telah pun berbeza pada masa kini. Terdapat lambakan pelbagai kereta terpakai yang dijual dalam pasaran semasa. Hasilnya, harga-harga kenderaan terpakai telah menjunam jatuh.

Ini ditambah pula dengan polisi syarikat-syarikat insuran tempatan yang mengenakan caj yang tinggi kepada kenderaan-kenderaan yang sudah ber’umur’. Justeru, terdapat pelbagai pilihan lain serta peluang perniagaan lain yang boleh diceburi oleh bakal usahawan pada hari ini selain bisnes kereta terpakai.

Menurut Sean Stonefield dari Forbes.com, terdapat lebih daripada 20 perniagaan yang telah dikenal pasti boleh dimulakan dengan segera. Perkataan ‘segera’ tersebut adalah berdasarkan kepada jumlah kos permulaan yang lebih rendah dan penggunaan perkakasan yang agak minimum bagi memulakan perniagaan-perniagaan tersebut.

Di antara perniagaan-perniagaan baru yang dicadangkan ialah:

 

#1 – Hos Perjumpaan Korporat & Sosial

Kadar pengangguran di Malaysia mencatatkan lebih kurang 3% – 3.1% pada masa kini (Jabatan Statistik Negara: www.statistics.gov.my). Dengan kadar tersebut, ruang masa yang dimiliki oleh penduduk Malaysia agak kurang terbatas dan ramai orang mempunyai lebihan masa yang agak ketara.

Tujuan diadakan perjumpaan tersebut adalah bagi mengumpul maklumat individu dan ianya sebagai platform untuk orang ramai bertukar-tukar maklumat mengenai perniagaan dan produk.

Pihak hos akan mengumpulkan data para peserta dan ianya akan dijadikan sumber rujukan oleh pihak ketiga dengan persetujuan para peserta. Pihak hos perjumpaan mempunyai data simpanan (database) yang boleh digunakan sebagai produk perniagaan. Maklumat tersebut amat bernilai harganya terutamanya di dalam pasaran terbuka pada masa sekarang.

 

#2 – Pembersih lukisan ‘grafitti’

Lukisan graffiti di tempat awam atau persendirian merupakan suatu idea kreatif yang tidak berapa digemari oleh pelbagai pihak termasuk pihak Majlis Perbandaran atau pemilik premis individu.

Walaupun lukisan graffiti semakin diterima di dalam masyarakat sebagi suatu cabang industri kreatif yang baru, ianya masih belum dapat diterima oleh sesetengah pihak di dalam masyarakat.

Justeru, pihak Majlis Perbandaran ada menyediakan kawasan-kawasan yang digazetkan kepada para pelukis graffiti untuk mencurah idea kreatif mereka di dinding-dinding tertentu.

Kewujudan fenomena tersebut membuka peluang kepada usahawan yang berminat untuk menceburkan diri di dalam bidang pembersihan lukisan-lukisan graffiti di tempat-tempat yang tidak digazetkan.

Kelengkapan awal yang diperlukan ialah sistem pancutan air bergerak (mobile water-jet piping), berus penyental dan cecair pencuci yang boleh menanggalkan cat-cat terbabit.

#3 – Penyediaan Taman Asuhan Kanak-kanak

Perkembangan dunia  moden menyebabkan kedua-kedua ibu dan bapa di dalam sesebuah keluarga mempunyai karier yang tetap bagi memenuhi tuntutan perbelanjaan keluarga.

Anak-anak yang sedang membesar memerlukan didikan dan tempat jagaan yang sesuai sementera menunggu ibu bapa mereka pulang dari pejabat masing-masing.

Peluang untuk membuka pusat jagaan atau asuhan kanak-kanak merupakan suatu idea yang mempunyai kadar permintaan yang tinggi pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, para usahawan perlu mempersiapkan entiti perniagaan tersebut dengan lesen Majlis Perbandaran dari Majlis Tempatan serta tenaga pengajar yang mempunyai kelulusan di dalam bidang pendidikan awal.

 

#4 – Perkhidmatan pelupusan dokumen & kertas bergerak (mobile paper-shredding service)

Perniagaan yang beroperasi pada masa sekarang menggunakan pelbagai dokumen berbentuk fizikal walaupun penggunaan ‘soft-copy’ sentiasa digalakkan bagi tujuan merendahkan kos operasi perniagaan dan untuk kebaikan alam sekitar.

Dokumen-dokumen yang dicetak di atas kertas apabila tidak lagi digunakan mestilah dilupuskan secara berjadual atau teratur bagi mengekalkan kerahsiaan dan mematuhi standard operasi perniagaan.

Ini membuka peluang kepada para usahawan yang ingin menceburi perniagaan melupuskan dokumen bergerak. Dengan berbekalkan mesih pelupusan (shredding-machine) dan kenderaan, usahawan tersebut bebas untuk bergerak dari pejabat ke pejabat.

Terdapat beberapa lagi jenis perniagaan yang boleh dimulakan dengan segera dan ringkas, tetapi ianya memerlukan penelitian rapi sebelum memulakan aktiviti perniagaan tersebut. Kajian mengenai kos dan aliran tunai mesti dirangka sebelum memulakan sesuatu perniagaan tersebut.

Dunia perniagaan yang semakin global mencetuskan pelbagai idea perniagaan yang menarik bagi para usahawan baru yang ingin menceburkan diri di dalam dunia perniagaan. Walau bagaimanapun, para usahawan tidak perlu terburu-buru di dalam menceburkan diri di dalam dunia perniagaan.

Ini kerana kajian pasaran dan persediaan ilmu simpan kira dan matematik penting bagi menjamin kesinambungan sesuatu usaha tersebut.

 

Sumber : http://www.majalahniaga.com/4-idea-bisnes-pantas-menguntungkan-masa-kini.html

You may also like...

12 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *