Perniagaan Internet

Secara amnya,menjalankan perniagaan atau bisnes secara dalam talian (online) memiliki pelbagai kelebihan.ini berbeza dengan bisnes secara konvensional yang dibayangi isu-isu seperti kekurangan modal ,tiada bantuan,lokasi,pekerja,stok dan sebagainya.Bahkan sering menjadi utama untuk memulakan perniagaan.

Namun kemajuan teknologi memberi penyelesaian yang efisien dan mampu pergi jauh sehingga serata dunia .Bisnes online kini boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan yang berbaloi.Percaya atau tidak ,ada di kalangan kita yang sangup berhenti kerja untuk menjadikan bisnes ini sebagai pendapatan utama keluarga.Kelebihan daripada bisnes dalam talian ini semestinya dapat dilihat dari segi bebrapa perkara .Antaranya kos yang lebih murah ,pantas ,berinteraksi terus dengan pembeli ,boleh diuruskan secara sambilan dan pelbagai lagi.

Sungguhpun secara kasarnya masyarakat Malaysia masih belum dapat menerima secara sepenuhnya
bisnes jual beli dalam talian terutamanya kawasan luar bandar,lonjakan trend ini terus menjadi kegilaan sebilangan lagi masyarakat yang sebenarnya terdiri daripada pelbagai golongan di seluruh negara tidak terkecuali muda mudi.
Pembeli di sekitar bandar melihat ini sebagai alternatif terbaik untuk mereka berbelanja .Hal ini kerana mereka tidak perlu bersesak-sesak dalam kesesakan jaln raya juga tidak perlu membayar tol,minyak dan sebagainya.
Melihat kepada perkara tersebut saya akan mendedahkan beberapa panduan dan cara untuk menjalankan bisnes secara dalam talian .Anda turut berpeluang menjana keuntungan dengan pantas.Jika berminat anda boleh meneroka dunia bisnes cara baru yang sememangnya memerlukan kecekalan.

BINA KEDAI DALAM TALIAN

Sebelum membina kedai dalam talian ,kajian amat penting untuk memastikan bisnes anda berdaya maju.

Membuka kedai dalam talian (online) lebih mudah berbanding kedai fizikal .Tiada atau tidak banyak sewa yang perlu dikeluarkan ,tidak perlu modal besar ,tiada pelayan genit,namun ribuan orang boleh singgah di kedai anda dalam satu masa.Biarpun kelihatan mudah jika tersalah langkah anda pasti akan menemui jalan buntu.

Sehubungan itu, bagi mereka yang pertama kali ingin memulakan perniagaan ,kedai dalam talian ini sebenarnya memerlukan lebih perhatian dan ‘pembinaanya’ tidak semudah yang disangka.Sebelum anda terjun ke bidang yang agak baru ini, ia juga memerlukan penyelidikan awal dan perancangan supaya langkah anda lebih tersusun.Di bawah ini adalah beberapa aspek penting yang perlu diambil kira sebelum anda membina kedai dalam talian.

01)PILIH PRODUK

Anda mesti membuat keputusan yang tepat kerana produk pilihan adalah aspek terpenting.Anda boleh menjual produk fizikal (barangan biasa ) atau atau digital (seperti e-book).Malah anda perlu mengambil berat soal pembekal dan keupayaan anda memenuhi permintaan.Produk anda juga perlu variasi dan pilihan untuk sesuatu model.

02)PERANCANGAN

Anda perlu merancang daripada segi kos produk ,penghantaran,bil-bil(elektrik dan internet),upah pekerja (jika ada),dan sebagainya.Ini untuk mengelak anda terlepas pandang kos-kos yang perlu dikeluarkan .Meskipun pada permulaannya anda digalakkan meminumkan keuntungan,namun ia adalah selepas kesemua kos ditolak daripada keuntungan yang diperolehi.Lebih baik jika anda terus mendaftarkan syarikat untuk lebih kemudahan.

03)PLATFORM WEB

Sebenarnya platform online boleh dijadikan tulang belakang untuk perniagaan anda .Atau lebih tepat lagi kedai dalam talian.Reka bentuk platform ini perlu memudahkan pengunjung untuk memeriksa,melihat stok,variasi produk dan pamerkan apa sahaja kelebihan yang anda ada .Adakan ruang untuk pelanggan mengisi alamat e-mel(untuk iklan),tidak banyak warna dan pelanggan tidak perlukan lebih daripada dua klik untuk melihat produk.

04)CARA BAYARAN

Kaedah bayaran yang biasa digunakan ialah menggunakan akaun bank.Di sini ada kelebihan bagi syarikat yang berdaftar kerana setiap urusan transaksi di atas nama syarikat anda. Tetapi anda perlu
perlu peka dengan akaun bank yang digunakan majoriti rakyat Malaysia.Jika ada bajet lebih dapatkan perisian untuk perbankan dalam talian.Antara tujuannya agar pelanggan boleh membuat pembayaran terus dan mereka juga akan lebih percaya.

05)MEDIA SOSIAL

Biarpun selesa membuka ‘kedai’ utama di Facebook,sebenarnya cara ini agak kurang selamat.Anda mesti juga memiliki platform tapak web yang berupaya mengendalikan seratus peratus urusan kedai
dalam talian anda dan mengesahkan domain bisnes anda dalam talian.Media soaial seperti Facebook dan Tweeter hanya dijadikan sebagai ejen promosi untuk barangan anda di samping menjadi ejen penarik pelanggan untuk singgah di kedai anda.Urusan masih boleh dilakukan di media sosial selain menjadi umpan pelanggan untuk terus menjelajah.

06)IKLAN PROMOSI

Anda boleh mengiklan secara keci-kecilan atau modal kecil seperti menghantar promosi ke e-mel pembeli yang pernah singgah di kedai anda.Cipta satu berita menarik mengenai produk baru dan sebagainya dengan reka letak yang menarik atau pun promosi terbaru yang dijalankan.Anda cuma perlu e-mel untuk mendapatkan maklum balas.

07)CARA BAYARAN

Anda perlu membuka akaun (untuk bisnes anda) dengan sebuah institusi kewangan atau bank supaya pelanggan juga boleh membayar kepada anda dengan kad kredit.Selain itu menyediakan cara bayaran melalui kad kredit ,anda juga boleh menyediakan cara bayaran melalui akaun PayPal yang kini sudah ada dan diamalkan di Malaysia.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *