Langkah Demi Langkah Memulakan Perniagaan

Asas dalam langkah memulakan perniagaan

Sebelum anda membuat apa-apa keputusan untuk memulakan perniagaan, elok tanya terlebih dahulu apakah motif sebenar anda mahu menjadi seorang usahawan.

Seeloknya buat senarai semua perkara yang terlintas dalam fikiran bagi menjawab persoalan ‘ kenapa nak berniaga ?

Buat senarai panjang apa saja yang terlintas dan berlaku jujur terhadap diri sendiri. Jika anda ada berfikir untuk jadi kaya raya, pastikan alasan itu masuk dalam senarai.

Jangan nak rasa segan atau malu, sebab tak ada orang yang akan semak senarai alasan yang anda berikan.

Alasan perlu kuat untuk memulakan perniagaan

Anda perlu ada satu dorongan dan alasan yang amat kuat agar usaha menjalankan perniagaan dan membina sebuah perniagaan yang berjaya tidak terkantoi separuh jalan.

Ingat ! ramai sangat yang dah kantoi separuh jalan tu, apakah anda akan menjadi salah seorang daripada yang ramai itu ?

Dari segi statistiknya, kemungkinan untuk anda masuk senarai adalah besar ! jadi perlu bersedia dan jangan terlebih yakin sehingga sikap berhati-hati mencair.

Apa yang sanggup anda korbankan bagi menjayakan perniagaan

Setelah siap semua senarai alasan kenapa anda nak memulakan perniagaan, buat pula senarai apa yang sanggup anda korbankan demi mencapai apa yang anda senaraikan tadi.

Sanggupkah anda luangkan masa ?, jika sanggup, apakah anda ada banyak masa ? berapa lama anda sanggup bertahan ?

Sanggupkah anda habiskan wang simpanan yang ada ? jika sanggup berapa jumlah wang simpanan anda ? berapa banyak yang anda perlukan ?

Sanggupkah anda sengsarakan anak dan isteri serta keluarga ? jika sanggup tahap manakah keupayaan keluarga anda menerima cabaran ? apakah yang dapat keluarga anda sumbang untuk membantu anda ?

Semua itu perlu dipertimbangkan dan diluahkan dalam kertas supaya anda nampak dengan jelas apa yang berkemungkinan akan berlaku pada diri anda dan semua orang di sekelilng anda.

Ada dua perkara penting dalam menyediakan kedua-dua senarai tersebut di atas:

  1. Alasan kenapa mahu memulakan perniagaan – ini memberikan gambaran positif ekstrim atas andaian perniagaan anda bakal berjaya dengan hebat.
  2. Apa yang sanggup anda korbankan – ini memberikan gambaran negatif ekstrim ke atas apa yang bakal anda lalui jika anda menemui jalan sukar dalam mengharungi dunia keusahawanan.

Dengan adanya dua pertimbangan di atas, biasanya anda akan membuat perancangan dengan lebih berhati-hati dan tidak langgar sembrono.

Fahami asas memulakan perniagaan

Bila dah selesai semua kerja yang saya sebutkan di atas, sekarang tiba giliran anda membuat satu perancangan awal terhadap perniagaan yang mahu anda lakukan.

Anda hanya perlu gunakan panduan yang saya berikan di bawah dan menjawab semua soalan tersebut dengan baik.

Jika anda berusaha menjawab semua persolan yang anda senaraikan nanti, anda boleh dikatakan sedang membuat satu perancangan perniagaan secara asas yang wajib ada pada semua perniagaan.

  1. Apakah nilai yang anda mahu tawarkan pada pelanggan – untuk membolehkan perniagaan anda ada nilai, ia mestilah berupaya menyelesaikan masalah pelanggan. Oleh itu jawab apakah masalah yang anda mahu selesaikan.
    • Secara umum – mungkin anda nak buka restoran, jadi secara umumnya anda selesaikan masalah orang yang lapar nak makan tapi tak boleh atau tak mahu masak sendiri.
    • Secara spesifik dalaman – semua restoran menyelesaikan masalah umum yang disebut atas tadi. Oleh itu pergi lebih bawah di kalangan pesaing. Apakah masalah dalaman yang anda mahu selesaikan? Kenapa orang nak makan di restoran anda dan bukannya restoran pesaing yang ada berselerak di mana-mana ? apa masalah spesifk yang anda mahu selesaikan ?
  2. Orang mahu ke ? – anda mungkin rasa ianya bernilai dan mampu selesaikan masalah. Tapi adakah orang lain mahu apa yang anda tawarkan itu? perniagaan bukan untuk puaskan kemahuan anda, tapi adalah untuk puaskan pelanggan.
    • Buat survey – Cuba bertanya kepada orang lain samada apa yang anda mahu tawarkan dikehendaki. Tanya seramai mungkin dan catitkan respon mereka untuk membuat penilaian. Anda boleh buat pertanyaan melalui FB, melalui kawan-kawan dan saudara mara serta jiran.
  3. Berapa harga orang sanggup bayar – Ini juga perkara asas yang amat penting. Mungkin anda tawarkan sesuatu yang bernilai, tapi berapa harga yang orang sanggup bayar untuk mendapatkannya? Satu lagi survey perlu dilakukan. Anda boleh gabungkan dalam survey pertama di atas tadi.
  4. Bagaimana nak pastikan orang dapat apa yang anda janjikan – Ini adalah perancangan terhadap kualiti. Apakah senarai asas yang anda janji akan berikan pada pelanggan, buat senarainya dengan lengkap. Pada setiap janji itu, buat perangkaan bagaimana anda dapat penuhinya secara konsisten.
    • Komunikasi juga penting – Bagaimana anda akan sampaikan apa yang anda janjikan? adakah ianya jelas dan terang dan tidak menimbulkan salah faham ? Logo syarikat, nama syarikat, moto syarikat, lokasi syarikat, premis syarikat dan sebagainya adalah contoh medium komunikasi yang berlaku tanpa bicara. Jangan ambil remeh !
  5. Berapa keuntungan yang anda sasarkan – Perniagaan mesti menjana keuntungan. Setelah pelanggan suka, anda juga mesti tersenyum suka sebab ada untung. Keuntungan diperlukan supaya anda dapat memberikan kepuasan dan menyelesaikan masalah pelanggan jauh lebih baik. Ia juga untuk persediaan terhadap kemungkinan masa depan yang tak ada sesiapa pun tahu apa yang akan berlaku.
    • Berapa lama anda sasarkan untuk perniagaan mula menjana keuntungan?
    • Berapa titik pulang modal yang anda perlu capai ?
    • Berapa kos jualan dan berapa kos tetap perniagaan anda ?
    • Untuk menjawab semua soalan ini, anda peru buat perancangan cashflow untung rugi perniagaan bulanan.

Sebelum memulakan perniagaan

Jika anda dah buat kesemua yang saya senaraikan di atas, anda dah banyak buat persediaan sebelum memulakan perniagaan anda.

Tapi ada satu lagi peringkat yang dapat membuatkan perancangan anda menjadi lebih terperinci.

Peringkat selanjutnya adalah membuat penilaian samada perniagaan anda mempunyai potensi yang tinggi untuk berjaya pergi jauh.

Sumber : http://hidupringkas.com/keusahawanan/langkah-demi-langkah-memulakan-perniagaan/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *