Idea Bisnes Untuk Suri Rumah

Suri rumah tangga mempunya masa yang terhad antara mengurus tugas sebagai suri dan pekerjaan/perniagaan yang akan dilakukan. Akan tetapi, ramai juga yang berjaya dengan dengan perniagaan sambil melaksanakan kewajiban sebagai suri rumah

1.Menjahit Pakaian

Menjahit pakaian memerlukan skill tersendiri. Anda yang gemar menjahit tentu dengan mudah boleh menjalankan perniagaan ini. Namun bagi yang tidak pandai menjahit pun tetap boleh membuka perniagaan ini. Upah pekerja yang mahir dan bayar mengikut pesanan yang diterima. Anda harus kreatif dalam pemasaran, sebarkan risalah ke setiap rumah dan sebagainya. Tawarkan servis door-to-door, bagi siapa yang ingin membuat tempahan baju anda boleh datang ke tempat/kediaman mereka dan mengambil ukuran dan tempahan di sana

2. Membekal Kuih-Muih

Terdapat banyak buku resepi yang dijual di pasaran, atau anda juga boleh mengikuti kursus jangka-pendek untuk membuat kuih-muih. Banyak cara jika kita ingin memanfaatkan idea perniagaan menjadi pembekal. Anda boleh berkerjasama dengan penjual kuih-muih yang sedia ada, gerai, warung, restoran untuk menjual kuih-muih buatan anda secara consignment atau borong.

[auth]

3. Hijab Online

Jika anda ingin memiliki butik, anda perlukan modal, premis dan stok barang. Jika ingin berniaga dengan modal minimum, anda boleh menjual secara online. Anda boleh berkerjasama dengan pengeluar atau pembekal hijab dan mendapatkan harga diskaun. Naikkan beberapa % bagi setiap item. Sebagai contoh harga 1 helai RM20, anda boleh jual dengan harga RM30, beri diskaun 10% tidak termasuk kos penghantaran. Anda tidak perlu menyimpan stok, sekiranya terdapat pesanan terus anda berurusan dengan pembekal tersebut. Aktiflah di media sosial samada Facebook, Twitter dll. Iklankan produk anda di web dan forum jual beli seperti mudah.my. Jawab setiap pertanyaan pelanggan dengan cepat dan baik akan sangat membantu meningkatkan kredibiliti perniagaan anda

4. Menjual Produk Kosmetik dan Sabun

Perniagaan ini tidak akan kurang permintaannya Umumnya perempuan gemar menjaga dan merawat kecantikan dan kesihatannya. Jika produk yang dijual bagus dan berkualiti, maka re-peat order akan terus-menerus berlaku, membolehkan perniagaan anda makin berkembang dan maju.

Sumber : http://www.usahawan.com/idea-bisnes/idea-bisnes-untuk-suri-rumah.html

Layari : http://100kesilapan.berniaga.my

You may also like...

1 Response

  1. Howtotuts says:

    Thank you for sharing this. Also i am having trouble to bypass adblockers. coz i cant see your ads even after its uninstalled. any guide?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *